02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

51.5.3.1 Pengisian Perjawatan

Pengisian perjawatan bagi agensi Kerajaan hendaklah mengikut waran perjawatan

yang diluluskan dan struktur organisasi yang dibentuk juga hendaklah berdasarkan

kelulusan tersebut. Secara khususnya, Arahan MKN No.15 telah menggariskan

syarat pengisian perjawatan iaitu perlu dianggotai oleh 3 agensi induk iaitu PDRM,

JKDM dan Imigresen. Semakan Audit mendapati sehingga bulan Disember 2011,

jumlah keseluruhan perjawatan UPP yang diluluskan di peringkat Ibu Pejabat UPP,

Putrajaya dan 4 Pejabat UPP Negeri adalah sebanyak 940 perjawatan dan 796

(84.7%) perjawatan telah diisi.

Perjawatan UPP dikawal sepenuhnya oleh agensi induk dan

segala urusan berkaitan penempatan, pertukaran pegawai dan

sebagainya adalah di bawah bidang kuasa agensi induk masingmasing.

51.5.3.2.a

Kelemahan Sistem Perintah Dan Pengawalan (Command And Control)

51.5.3.2.b

Semakan Audit mendapati UPP tidak mempunyai struktur yang teratur mengikut

kekananan dalam hierarki perjawatan. Ini kerana jawatan Timbalan Komander UPP

bagi Imigresen iaitu dari Gred KP22/26 dan JKDM dari Gred W22/26 adalah lebih

rendah daripada pegawai di bawah kawalannya seperti jawatan Sarjan Gred YY6

dan Sarjan Mejar Gred YY8 yang setara dengan Gred KP/W27 serta Inspektor/Cif

Inspektor Gred YY11/14 yang setara dengan Gred KP/W41. Keadaan ini berlaku

selepas penggredan semula perjawatan PDRM melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.

24 Tahun 2008. Ini telah menyebabkan perintah atau pengawalan sukar dikeluarkan

oleh Timbalan Komander kepada anggota bawahan.

Antara sebab utama berlaku kelemahan struktur organisasi dan masalah pengisian

jawatan yang meruncing adalah seperti berikut:-

i. Perjawatan yang diluluskan terutama di peringkat pejabat UPP Negeri tidak

mencukupi menyebabkan perjawatan perlu di sandar masuk dari UPP

Kawasan. Keadaan ini mengakibatkan kekuatan yang diperlukan oleh pejabat

UPP berkaitan untuk menjalankan tugas seperti sekatan jalan raya, rondaan

dan risikan sentiasa tidak mencukupi dan dikhuatiri akan menjejaskan operasi.

ii.

iii.

iv.

Anggota yang telah dinaikkan pangkat tidak mendapat pengganti. Sebagai

contoh, pegawai gred KP17 yang telah dinaikkan pangkat ke gred KP22,

namun kekosongan jawatan KP17 masih belum diganti.

Perjawatan kosong di UPP tidak dapat diisi kerana sandaran keluar anggota

ke agensi induk bagi jawatan yang telah diluluskan untuk UPP

Negeri/Kawasan.

PDRM tidak dapat memenuhi keperluan pengisian anggotanya disebabkan

kekangan tugas hakiki anggota PDRM dalam melaksanakan tugas

pencegahan jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam NKRA.

Pada pendapat Audit, struktur organisasi dan guna tenaga UPP perlu

dipertingkatkan lagi supaya dapat melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya

423

423

Pegawai dan anggota UPP terdiri dari skim yang berbeza dan

urusan perjawatan seperti pengisian, penempatan, pertukaran

pegawai ke UPP adalah di kawal sepenuhnya oleh agensi induk

masing-masing. Cadangan untuk memusatkan perjawatan UPP

secara kader di bawah KDN buat masa ini masih belum dapat

dilaksanakan.

Perjawatan UPP dikawal sepenuhnya oleh agensi induk dan

segala urusan berkaitan penempatan, pertukaran pegawai dan

sebagainya adalah di bawah bidang kuasa agensi induk masingmasing.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!