02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

mendapati beberapa peruntukan atau ketetapan dalam Peraturan ini juga tidak

dipatuhi sepenuhnya oleh Pejabat UPP Negeri dan Kawasan. Antaranya adalah

berkaitan kursus Pra UPP, cuti, penyediaan Laporan Prestasi Tahunan dan

penghargaan perkhidmatan, penyediaan Laporan Suku Tahunan Perjawatan dan

mesyuarat bulanan.

Mengikut maklum balas Kementerian, proses pindaan Arahan MKN No. 15 telah

selesai dan telah dikemukakan kepada Setiausaha MKN untuk tindakan

selanjutnya.

Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah mematuhi dan melaksanakan segala

cadangan pindaan Arahan MKN No. 15 yang diluluskan bagi memantapkan

pentadbiran dan pengurusan aktiviti UPP.

51.5.2.2.a

Pengurusan Penyerahan Barangan Rampasan/Tangkapan PATI

Semakan Audit mendapati barangan rampasan telah diserahkan kepada agensi

induk dan agensi penguatkuasaan. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, adalah

didapati nilai barangan rampasan tertinggi mengikut kategori adalah kenderaan

(RM16.20 juta), dadah (RM7.08 juta), rokok/tembakau (RM2.42 juta) dan beras

(RM2.28 juta). Bagaimanapun, semakan Audit selanjutnya mendapati dokumen

yang disertakan semasa penyerahan barangan rampasan dan PATI kepada agensi

induk kecuali daripada PDRM tidak sama dan seragam antara UPP dan berbeza

mengikut negeri.

Pihak UPP menggunapakai format yang diterima oleh agensiagensi

induk bagi tujuan tindakan selanjutnya.

51.5.2.2.b

Pada pendapat Audit, UPP seharusnya menggunakan dokumen yang seragam dan

diselaraskan dengan keperluan agensi induk di semua UPP semasa penyerahan

barangan rampasan dan PATI supaya memudahkan pemantauan.

Mengikut maklum balas UPP, bagi tujuan penyelarasan pihak UPP akan

memastikan dokumen yang digunakan semasa penyerahan barangan rampasan

dan PATI adalah seragam di setiap negeri dan selaras dengan keperluan agensi

penerima.

Semakan Audit mendapati masih terdapat 42 kenderaan pelbagai jenis yang masih

belum diambil oleh agensi berkaitan walaupun telah diserahkan dan masih berada

di dalam simpanan UPP Rantau Panjang.

Pada pendapat Audit, kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan yang

dirampas seharusnya menjadi tanggungjawab agensi induk untuk disimpan supaya

memudahkan persediaan untuk pendakwaan seperti kehendak para 18, Bab 5 -

Operasi di dalam Peraturan Tetap UPP Bil. 1.

UPP memaklumkan bahawa notis pengosongan barang kes dan eksibit telah

dikemukakan kepada semua agensi yang terlibat pada 19 Januari 2012.

422

422

Sehingga pada 7 Ogos 2012, sebanyak 4 daripada 42 buah

kenderaan telah dikeluarkan dari stor UPP Rantau Panjang dan

diambil oleh agensi berkaitan bagi tindakan selanjutnya. Notis

Pengosongan Pagar Barang Kes dan Eksibit telah dikeluarkan

pada 19 Januari 2012 kepada semua agensi terlibat dan disusuli

dengan surat peringatan. Sebanyak 38 buah kenderaan yang

masih belum diambil dan antara respon yang diterima daripada

agensi berkaitan adalah berhubung isu ketiadaan tempat/stor

yang mencukupi bagi menempatkan kenderaan tersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!