02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Mengikut maklum balas Kementerian, kontraktor telah mengadakan beberapa siri

latihan ambil alih kompleks dan telah dihadiri oleh beberapa kakitangan kurang

berpengalaman atas faktor kekurangan kakitangan yang kompeten. Kontrak

penyenggaraan yang akan ditender memerlukan kontraktor yang berjaya

mengadakan satu pasukan khusus untuk kerja penyenggaraan merangkumi

teknikal dan perkhidmatan (pembersihan).

Pada pendapat Audit, latihan ambil alih Kompleks adalah penting bagi menjayakan

proses pemindahan teknologi kerana melibatkan pengambilalihan tugas dan

tanggungjawab menguruskan keseluruhan Kompleks termasuk pepasangan, sistem

elektrik dan peralatan yang bernilai tinggi. Pegawai dan kakitangan yang terlibat

dalam latihan perlulah berpengalaman, mahir dan berjawatan tetap supaya proses

ambil alih lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

iii. Jurutera Mekanikal (Dengan 3 tahun pengalaman dan

disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga)

iv. Jurutera Sivil (Dengan 3 tahun pengalaman)

v. Competent Chargeman HT(B0) dan LT (A4)

vi. Wireman PW4

vii. Risk Management Officer dan Competent Safety Officer

(Disahkan oleh NIOSH atau agensi setara).

50.5.6.1.a

50.5.6.1.b

50.5.6.1.c a.

50.5.6.1.d

Penilaian Tahap Kepuasan Pegawai/Kakitangan Kompleks

Pihak Audit telah mengedarkan borang soal selidik kepada 150 pegawai/kakitangan

pelbagai agensi melibatkan Jabatan/Agensi yang menduduki Kompleks KDN Johor.

Ia bertujuan bagi menilai tahap kepuasan mereka terhadap pejabat dan kuarters

kediaman yang disediakan. Semua pegawai/kakitangan terlibat telah memberi

maklum balas mengenai kemudahan yang disediakan di Kompleks pejabat.

Manakala bagi kemudahan kuarters yang disediakan, hanya 111 atau 74 peratus

pegawai/kakitangan memberi maklum balas.

Secara keseluruhannya, responden berpuas hati dengan keadaan Kompleks

berkaitan lokasi Kompleks; keadaan ruang kerja/bilik yang disediakan; auditorium;

dewan serbaguna; bilik mesyuarat; kaunter perkhidmatan; perabot;

kelengkapan/peralatan; stor/bilik kebal; lanskap kawasan Kompleks; utiliti; dan

surau. Bagaimanapun, analisis menunjukkan responden tidak berpuas hati dengan

penyediaan kafeteria; kebersihan kawasan persekitaran Kompleks; parkir

kenderaan; papan tanda tunjuk arah; kemudahan lif; dan tandas.

Maklum balas berhubung dengan kemudahan yang disediakan di kuarters ini

menunjukkan antara kelemahan utama yang dikenal pasti adalah parkir kenderaan

dan penggunaan surau.

Maklum balas cadangan penambahbaikan mendapati isu utama yang perlu diberi

penekanan oleh KDN dan Unit Pengurusan Kompleks adalah penyediaan kawasan

parkir. Analisis yang dilakukan mendapati 68 responden atau 45.3 peratus

mencadangkan kawasan parkir awam perlu disediakan di luar Kompleks,

penambahan parkir pegawai/kakitangan, parkir kenderaan di kuarters perlu

berbumbung dan diberikan nombor serta kawasan parkir yang khusus untuk

kenderaan yang disita.

Kementerian mengambil maklum akan respon pelanggan

terhadap kajian yang telah dijalankan berhubung tahap

kepuasan pengguna dalaman dan luaran.

Sebagai langkah meningkatkan aspek kecekapan pengurusan

kompleks, KDN telah mengeluarkan Surat Arahan dengan

melantik Jabatan Imigresen Malaysia selaku Lead Agency

Pengurusan Kompleks KDN dan Kompleks Immigration, Custom

Dan Quarantine And Security (ICQS) seluruh Malaysia mulai

1 Ogos 2012.

Dengan arahan baru ini, satu Jawatankuasa Pengurusan

Kompleks akan diwujudkan dengan dianggotai oleh semua

jabatan di kompleks.

417

417

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!