02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

direkodkan dalam CMS.

Pada pendapat Audit, satu mekanisme pemantauan hendaklah diwujudkan bagi

memastikan jawapan/maklum balas daripada pihak bank/institusi kewangan

diterima dan direkodkan dengan lengkap di semua pejabat MdI.

2.5.10.2 Bukti Hutang Tidak/ Lewat Diperakukan

Daripada 688 fail kes kebankrapan/penggulungan syarikat, sebanyak 348 (50.6%)

fail kes mempunyai sebanyak 485 POD. Semakan Audit mendapati 227 (46.8%)

POD yang diterima antara 27 hingga 1,979 hari masih belum diperakukan. Ini akan

menyebabkan bilangan POD yang perlu diperakukan semakin bertambah.

Manakala bagi 212 POD pula lewat diperakukan antara 18 hingga 941 hari. Bagi

kes yang boleh diisytiharkan dividen, kelewatan memperakukan POD akan

menyebabkan proses pembayaran dividen lewat dibuat dan seterusnya

menyebabkan pentadbiran kes menjadi lebih lama.

Pada pendapat Audit, POD yang diterima perlu diperakukan dalam tempoh yang

ditetapkan bagi mengelakkan bilangan POD semakin bertambah dan mengelakkan

kelewatan proses pembayaran dividen.

Setakat Suku Tahun Kedua 2012, Borang Bukti Hutang yang

tertunggak telah selesai diperakukan bagi cawangan Selangor,

Johor, Sabah, Melaka, Taiping dan Pulau Pinang.

MdI menyedari kelewatan yang berlaku dalam membuat

perakuan Borang Bukti Hutang disebabkan oleh kesukaran dan

kerumitan pegawai meja untuk memahami dokumen-dokumen

komersial yang dijadikan sebagai dokumen sokongan dalam

tuntutan yang difailkan dalam Borang Bukti Hutang. Oleh yang

demikian, satu Standard Operating Procedure (SOP) telah

disediakan pada 21 Disember 2011 bagi membantu pegawai

meja dalam mengendalikan isu-isu yang timbul berkaitan

perakuan Borang Bukti Hutang.

Standard Operating Procedure (SOP) mengenai proses

perakuan Borang Bukti Hutang akan diedarkan selewat-lewatnya

pada awal bulan Oktober 2012.

2.5.11.2 Tempoh Yang Lama Bagi Pentadbiran Kes Penggulungan Syarikat

Semakan Audit mendapati norma masa bagi penyelesaian kes penggulungan

syarikat bermula daripada proses penzahiran harta hingga pelepasan dan

pembubaran tanggungjawab pelikuidasi tidak ditetapkan dalam proses kerja/carta

aliran yang disediakan. Bagaimanapun, berdasarkan maklum balas MdI, tempoh

yang dianggarkan bagi proses tersebut bermula pada tahun 2010 adalah antara 6

hingga 30 bulan bergantung kepada tahap kerumitan (sama ada

tidak/sederhana/sangat rumit). Anggaran tempoh masa bagi pentadbiran kes

penggulungan syarikat sehingga pelepasan/pembubaran.

Arahan terperinci telah dikeluarkan kepada Cawangan

berkenaan prosedur mengkategorikan kes mengikut kerumitan

melalui surat Jabatan ini bertarikh 19 Julai 2010 sepertimana

yang telah dilampirkan di dalam maklum balas terdahulu di

dalam surat rujukan (33) dlm. MdI/156/006/104 bertarikh

20 Januari 2012.

2.5.11.3 Semakan Audit terhadap 31 fail kes penggulungan syarikat yang didaftarkan pada

tahun 2010 di pejabat yang dilawati mendapati tempoh pentadbiran kes adalah

antara 6 hingga 18 bulan dan syarikat masih belum dibubarkan. Pihak Audit tidak

dapat memastikan tahap kerumitan kes tersebut memandangkan tiada maklumat

tahap kerumitan kes dicatat pada fail kes. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap

kandungan fail tersebut mendapati kes tersebut menunjukkan syarikat tidak

30

30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!