02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Mengikut maklum balas Kementerian, sistem conference tiada dalam skop

pembekalan peralatan/kelengkapan. Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Aset KDN

sedang mempertimbangkan perolehan sistem conference bagi semua bilik

mesyuarat utama Jabatan.

50.5.5.1.b

Program Penyenggaraan Tidak Disediakan

Semakan Audit mendapati penyenggaraan Kompleks tidak dilaksanakan mengikut

kehendak Pekeliling tersebut kerana Senarai Aset bagi tujuan penyenggaraan

(KEW.PA-13) tidak disediakan dan penilaian program penyenggaraan tidak

dilaksanakan. Ini adalah kerana KDN tidak menerima maklumat terperinci peralatan

dan kelengkapan berkaitan dengan kuantiti, jenis, model, lokasi penempatan serta

dokumen penyenggaraan Kompleks daripada kontraktor selepas Sijil Perakuan

Siap Kerja dikeluarkan. Kesan daripada ketiadaan program penyenggaraan,

kelengkapan dan peralatan yang dibekalkan terdedah kepada kerosakan dan

jaminan pengeluar terbatal.

Mengikut maklum balas Kementerian, kontraktor telah mengemukakan senarai

inventori bagi setiap Jabatan pada 5 Jun 2012. Aktiviti mengemas kini senarai

inventori jabatan sedang dijalankan dan dijangka siap pada 18 Jun 2012. Kontrak

penyenggaraan pula kini dalam peringkat akhir penyediaan dan akan ditender pada

15 Jun 2012. Daftar Aset akan disediakan sebaik sahaja kontraktor mengeluarkan

senarai penuh aset Kompleks berserta kos. Senarai aset ini akan dikeluarkan

sebaik sahaja kos projek dimuktamadkan.

Tender kontrak penyenggaraan telah diiklankan pada

15 Jun 2012. Kontrak berkenaan merangkumi aspek kerja-kerja

awam, pembersihan, kawalan serangga, landskap, mekanikal

dan elektrikal.

Surat Setuju Terima (SST) bagi tender ini dijangka akan

dikeluarkan pada 1 September 2012.

Senarai inventori JIM yang terdapat perbezaan di antara jumlah

yang diterima dengan yang sepatutnya diterima daripada pihak

kontraktor masih dalam penyemakan dan akan disiapkan

selewat-lewatnya 16 Ogos 2012.

Senarai inventori Jabatan/Agensi lain dan Bahagian telah siap

sepenuhnya pada 18 Jun 2012.

KEW PA-13 telah siap pada 26 Julai 2012. Sebarang

penyelenggaraan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa

berdasarkan senarai yang disediakan.

50.5.5.2.b

Latihan Ambil Alih Kompleks Dihadiri Oleh Pegawai Dan Anggota Kompleks

Yang Tidak Berpengalaman

50.5.5.2.c

Semakan Audit mendapati kontraktor tidak menyediakan/mengadakan perancangan

latihan untuk pengguna fasiliti (end user) bagi tujuan pemindahan teknologi seperti

kehendak Klausa 37 Perjanjian Kontrak.

Semakan Audit selanjutnya mendapati pegawai dan kakitangan yang menghadiri

kursus adalah pegawai dan kakitangan yang sama. Sebahagian daripada mereka

tidak mempunyai kemahiran sepatutnya atau bukan pegawai tetap Kementerian/

Jabatan. Selain dari itu, tiada bukti menunjukkan pemantauan terhadap proses

latihan ambil alih Kompleks dilakukan oleh Pengarah Projek/Wakil sepanjang

proses latihan dijalankan dengan mengkaji laporan keberkesanan yang disediakan

oleh kontraktor atau wakilnya.

416

416

Program latihan ambil alih kompleks kepada pasukan baru akan

diberikan kepada penender yang berjaya setelah keputusan

Tender diumumkan pada 1 September 2012.

Berdasarkan kontrak yang akan diwujudkan, pihak kontraktor

yang berjaya perlu mengadakan satu pasukan khusus

(kompeten) untuk kerja-kerja penyelenggaraan merangkumi

teknikal dan perkhidmatan (pembersihan). Kontrak ini

mensyaratkan supaya pasukan berkenaan merangkumi:-

i. Pengurus Fasiliti (Dengan 5 tahun pengalaman)

ii. Jurutera Elektrik (Dengan 3 tahun pengalaman dan

disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!