02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

tempat penyimpanan stok alat tulis dan bekalan pejabat.

50.5.4.1.b

50.5.4.2.a

50.5.4.2.b

50.5.4.2.c

Lawatan Audit ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Pendaftaran

Pertubuhan Malaysia mendapati bilik kebal yang disediakan tidak digunakan

mengikut fungsi bilik berkenaan. Sebaliknya, bilik tersebut telah digunakan untuk

menyimpan perabot lama, peralatan pembersihan dan bekalan pejabat.

Mengikut maklum balas Kementerian, bilik kebal dan lokap telah

dibersihkan/dikosongkan.

Pada pendapat Audit, setiap ruang yang disediakan di dalam sesebuah bangunan

pejabat hendaklah digunakan selaras dengan fungsi dan keperluan penyediaannya.

Penggunaan ruang yang tidak mengikut fungsi pembinaan perlu dielakkan.

Kemudahan Tidak Memenuhi Ciri Keselamatan

Lawatan Audit ke stor yang terpilih mendapati stor utama Pejabat JPN yang

disediakan untuk menyimpan dokumen terkawal dan bekalan pejabat tidak sesuai

kerana berada di dalam bilik laluan paip kumbahan, saluran air dan tidak dilengkapi

dengan kemudahan peralatan mencegah kebakaran. Manakala sebahagian

daripada Stor Utama JIM pula hanya berdinding kaca dan tidak dilindungi dengan

jeriji besi. Bilik kebal yang disediakan untuk pejabat JPN dan JIM tidak mencukupi

menyebabkan sebahagian daripada dokumen terkawal terpaksa disimpan di Stor

Utama.

Mengikut maklum balas Kementerian, Bahagian Khidmat Pengurusan akan

memohon peruntukan bagi memasang siling bagi tujuan melindungi barang

simpanan. Ruang tersebut juga dikunci dengan pintu rintangan api serta jeriji besi.

Pihak Audit mendapati bunyi kuat yang dihasilkan daripada mesin pemusnah

semasa beroperasi mengganggu pegawai dan kakitangan lain yang sedang

bertugas kerana bilik tersebut tidak dilengkapi dengan dinding kalis bunyi.

Mengikut maklum balas Kementerian, Bahagian berkenaan telah memutuskan

untuk melaksanakan peraturan baru pelupusan dilakukan pada waktu cuti hari

Sabtu dan Ahad sahaja.

Bilik Kawalan Audio di Auditorium merupakan bilik yang menempatkan peralatan

audio yang sensitif dan bernilai. Sungguhpun begitu, bilik berkenaan tidak

dilengkapi dengan panel kaca bagi melindungi peralatan audio daripada risiko

kecurian dan kerosakan.

Mengikut maklum balas Kementerian, kontraktor telah bersetuju untuk menambah

panel kaca Bilik Kawalan Auditorium.

414

414

Tindakan telah selesai diambil pada 30 April 2012 dan

3 Mei 2012.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Disebabkan ruang pejabat yang terhad, ruang tersebut terpaksa

digunakan sebagai stor. Walau bagaimanapun, ruang tersebut

tidak dijadikan sebagai ruang pejabat dan pintu hadapan ruang

tersebut dikunci dengan pintu rintangan api serta jeriji besi.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

KDN telah mengenalpasti peruntukan berjumlah RM50,000.00

bagi tujuan pemasangan jeriji Stor JIM dan dijangka akan

diselesaikan sebelum akhir tahun 2012.

Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan –

Bagi mengatasi masalah bunyi bising yang dikeluarkan semasa

melupus VCD, Bahagian berkenaan telah memutuskan dan

melaksanakan aturan baru pelupusan iaitu pada waktu cuti

Sabtu dan Ahad sahaja.

Pembinaan bilik kawalan auditorium adalah sebagai mana reka

bentuk asal pembinaan. Semua peralatan auditorium berada

dalam keadaan terkawal dan terkunci sepanjang masa.

Bangunan Kompleks berada di bawah kawalan dan pengawasan

Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) pada setiap masa.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!