02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

50.5.3.1 Kerja Pembinaan Tidak Berkualiti

Lawatan Audit di beberapa kawasan Kompleks mendapati kerja binaan/pembekalan

peralatan dan kelengkapan tidak sempurna atau tidak berkualiti

Mengikut maklum balas Kementerian, kontraktor telah menggantikan Pemutus Litar

Arus Baki (ELCB) daripada kepekaan (sensitiviti) 300mA (0.3A) kepada 0.1A (PPE

1994, Peraturan 36) di Pondok Pengawal.

Bagaimanapun, lawatan susulan Audit pada 28 Mei 2012 mendapati ELCB di lokasi

lain masih belum diganti.

Kontraktor telah mengambil tindakan pembaikan ke atas semua

kecacatan yang dibangkitkan oleh KDN, manakala Bon

Pelaksanaan telah dilanjutkan sehingga 17 Mac 2012.

Sebagai langkah penambahbaikan, KDN telah mengadakan

mesyuarat penyelarasan pada setiap bulan mulai Julai 2012 bagi

memantau kerja-kerja membaiki kecacatan sehingga tamat

tempoh membaiki kecacatan pada Mac 2013.

Mengikut maklum balas Kementerian, pihak pengurusan Kompleks KDN telah

mengambil tindakan dengan membersihkan bahagian bumbung dan aras bawah

kuarters. Kontraktor telah diminta untuk memperbetulkan singki dan kawasan air

bertakung.

50.5.3.2 Dinding/Siling/Perabot Berkulat

Lawatan Audit ke Kompleks mendapati beberapa dinding/siling/perabot berkulat.

Mengikut maklum balas Kementerian, kabinet dapur berkulat telah ditukar oleh

pihak kontraktor dan kulat yang tumbuh sentiasa dibersihkan dari semasa ke

semasa. Jabatan Kimia Negeri Johor masih dalam peringkat kajian ke atas sampel

kulat. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor (JKKP) akan

mengemukakan cadangan pembaikan kepada Kementerian setelah berpuas hati

dengan laporan Jabatan Kimia. Kementerian akan menggunakan cadangan yang

dikemukakan sebagai asas justifikasi untuk permohonan/peruntukan.

Pada pendapat Audit, Pengarah Projek/wakil perlu memainkan peranan yang lebih

proaktif dengan memberi penekanan terhadap mutu kerja Kontraktor. Seterusnya,

penyeliaan dan pemantauan secara berterusan pada peringkat pembinaan/

pembekalan adalah penting supaya Kerajaan dapat memperoleh nilai terbaik

daripada perbelanjaan yang dilakukan.

Laporan Pemonitoran Kualiti Udara Dalaman di Kompleks KDN

Johor yang dilakukan pada 24 April 2012 telah mengenal pasti

kualiti udara dalaman di sesetengah bahagian adalah tidak

memuaskan. Justeru itu, pihak JKKP mencadangkan supaya:-

i. Menjalankan pembersihan di kawasan yang ditumbuhi kulat;

ii. Melaraskan semula sistem pengalihudaraan;

iii. Menjalankan pemeriksaan setiap 6 bulan ke atas sistem

mechanical ventilation and air conditioning (MVAC);

iv. Melantik pihak yang mengurus rekod urusan

penyelenggaraan sistem kualiti udara; dan

v. Menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar

masalah kulat.

Mesyuarat penyelarasan pada 30 Julai 2012 telah memutuskan

supaya Kontraktor terus memantau dengan rapi pertumbuhan

kulat berkenaan dan cuba menyelesaikan masalah kulat

termasuklah dengan kaedah mengecat semula permukaan

terlibat dan menggunakan khidmat pest control.

50.5.4.1.a

Penggunaan Ruang Yang Tidak Sesuai

Pemeriksaan Audit mendapati lokap yang disediakan tidak termasuk dalam skop

pembinaan asal kompleks tetapi telah dipohon melalui Arahan Perubahan Kerja.

Bagaimanapun, lawatan Audit mendapati lokap yang disediakan telah dijadikan

Tindakan telah selesai diambil pada 30 April 2012.

413

413

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!