02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

50.5.2.3.b.ii

Pembayaran Item Di Bawah Wang Peruntukan Sementara

Tuntutan Tidak Disertakan Dengan Dokumen Sokongan Pembelian/

Penghantaran Peralatan

Semakan Audit terhadap 10 baucar bayaran berjumlah RM15.32 juta bagi bayaran

interim No. 22 hingga 31 mendapati tuntutan yang dibuat oleh kontraktor terhadap

perolehan kelengkapan dan peralatan tidak disertakan dengan invois dan nota

penghantaran. Tuntutan hanyalah berdasarkan peratusan siap kerja yang

dilampirkan sebagai bukti sokongan bagi bekalan atau perkhidmatan yang

diberikan.

Mengikut maklum balas Kementerian, maklumat terperinci telah dihantar oleh juru

perunding ukur bahan dalam Pelarasan Harga Kontrak (PHK) No. 7 hingga 12.

Kegagalan Mengemukakan Kad Inventori Peralatan Dan Kelengkapan

Kontrak menetapkan semasa penyerahan kerja pembinaan kepada KDN, kontraktor

perlu melengkapkan dan mengemukakan kepada PP kad inventori bagi semua

peralatan, kelengkapan dan perabot yang dibekalkan bagi setiap bangunan. Butiran

terperinci maklumat yang perlu disediakan adalah nama, perihal, kod dan kuantiti,

nama dan alamat pembekal serta lokasi item.

Kementerian mengambil maklum akan Teguran Audit berhubung

pengurusan Wang Peruntukan Sementara dan akan memastikan

setiap perolehan di bawah WPS menggunapakai Surat Arahan

Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Bilangan 1/2009, Panduan

Pengurusan Wang Peruntukan Sementara (WPS) dan Wang

Kos Prima adalah terpakai bagi semua projek yang dibiayai

Persekutuan sebagai panduan.

Senarai inventori JIM yang terdapat perbezaan di antara jumlah

yang diterima dengan yang sepatutnya diterima daripada pihak

kontraktor masih dalam penyemakan dan akan disiapkan

selewat-lewatnya 16 Ogos 2012.

Senarai inventori Jabatan/Agensi lain dan Bahagian telah siap

sepenuhnya pada 18 Jun 2012.

Mengikut kontrak, WPS memperuntukkan sejumlah RM5 juta bagi perabot pejabat,

RM3.30 juta kelengkapan Auditorium dan RM3 juta untuk Dewan Serbaguna.

Semakan Audit di Jabatan/Agensi Kompleks mendapati kontraktor tidak

mengemukakan kad inventori dan rekod pengenalan bagi peralatan yang

dibekalkan seperti yang dikehendaki. Ini menyebabkan peralatan yang dibekalkan

tidak dapat ditentukan kuantiti, jenis dan lokasinya. Kegagalan tersebut

menyebabkan penyelenggaraan Daftar Aset/Inventori tidak dapat dilakukan oleh

Jabatan/Agensi.

Mengikut maklum balas Kementerian, kontraktor telah mengemukakan senarai

inventori bagi setiap jabatan pada 5 Jun 2012. Aktiviti mengemaskini senarai

inventori jabatan sedang dijalankan oleh Unit Pengurusan Kompleks dan

dijadualkan siap pada 18 Jun 2012.

Pada pendapat Audit, bagi lain-lain perolehan aset dan inventori KDN hendaklah

sentiasa memastikan kontraktor menyedia dan mengemukakan kad aset dan

inventori yang lengkap seperti ketetapan kontrak supaya setiap Jabatan/Agensi

boleh menyelenggarakan Daftar Aset dengan lengkap dan kemas kini.

412

412

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!