02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

50.5.2.3.b.i

Pengurusan Wang Peruntukan Sementara

Semakan Audit mendapati tatacara perolehan tidak dilaksanakan seperti yang

ditetapkan. Kelulusan yang diberikan oleh KDN adalah hanya berdasarkan surat

permohonan oleh kontraktor yang mengemukakan kos bagi bekalan/kerja yang

akan dilaksanakan tanpa perincian dari segi kuantiti dan harga, reka bentuk serta

spesifikasi. Tanpa dokumen reka bentuk, spesifikasi, kuantiti dan harga, KDN tidak

dapat membuat perbandingan sama ada harga yang ditawarkan adalah yang

terbaik dan menguntungkan.

Mengikut maklum balas, Kementerian mengambil maklum akan teguran Audit

berhubung Pengurusan Wang Peruntukan Sementara dan akan memastikan

perolehan di bawah WPS mengguna pakai ketetapan Surat Arahan Ketua

Pengarah Kerja Raya (KPKR) Bil. 1/2009.

Pada pendapat Audit, KDN sepatutnya mendapatkan dokumen lengkap mengenai

reka bentuk, spesifikasi, kuantiti dan harga daripada kontraktor/perunding bagi

membolehkan perbandingan harga dibuat supaya perolehan peralatan dan

kelengkapan adalah yang terbaik dan menguntungkan.

Kementerian mengambil maklum akan Teguran Audit berhubung

pengurusan wang peruntukan sementara dan akan memastikan

setiap perolehan di bawah WPS menggunapakai Surat Arahan

Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Bilangan 1/2009, Panduan

Pengurusan Wang Peruntukan Sementara (WPS) dan Wang

Kos Prima adalah terpakai bagi semua projek yang dibiayai

Persekutuan sebagai panduan.

Sebagai usaha penambahbaikan satu Jawatankuasa Siasatan

diperingkat KDN telah ditubuhkan pada 7 Ogos 2012 bagi

mengenalpasti punca pengurusan WPS yang tidak dipatuhi.

Satu Jawatankuasa Siasatan Peringkat Kementerian telah

ditubuhkan untuk:-

1. Mengenalpasti peraturan-peraturan kewangan yang tidak

dipatuhi;

2. Mengenalpasti punca berlakunya ketidakpatuhan kepada

peraturan Kerajaan semasa melaksanakan perolehan sama

ada disebabkan oleh;

i) kecuaian pegawai; atau

ii)

kegagalan mematuhi peraturan; atau

iii) wujud penyelewengan.

3. Menyediakan dan memperakukan Laporan Siasatan kepada

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Berhubung Tindakan Ke

Atas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Pegawai

Pengawal; dan

4. Syor tindakan tatatertib / surcaj ke atas pegawai yang

bertanggungjawab sekiranya terbukti berlaku kecuaian atau

pelanggaran peraturan kewangan.

Jawatankuasa ini akan mengemukakan laporan siasatan dan

syor tindakan kepada Pengurusan Kementerian selewatlewatnya

pada 10 Oktober 2012 untuk tindakan lanjut.

411

411

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!