02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

50.5.2.1.a

50.5.2.1.b

50.5.2.2.b

Pengurusan Pembinaan - Bon Pelaksanaan

Bon Pelaksanaan merupakan suatu aku janji tidak bersyarat (unconditional

undertaking) oleh institusi kewangan untuk membayar kepada Kerajaan suatu

amaun tertentu atas tuntutan sekiranya kontraktor tidak atau gagal mematuhi dan

melaksanakan obligasinya.

Bon Pelaksanaan bagi pembinaan Kompleks bernilai RM9.52 juta telah

dikemukakan oleh Kontraktor berkuat kuasa mulai 1 November 2007 dan akan

tamat tempoh sah lakunya pada 5 Ogos 2012. Sungguhpun begitu, pihak Audit

tidak dapat mengesahkan sama ada tempoh sah laku bon tersebut telah dilanjutkan

sehingga 17 Mac 2013 kerana pelanjutan tempoh sah laku bon belum dikemukakan

kepada pihak Audit walaupun telah dipohon melalui surat Audit bertarikh 19

Disember 2011. Sekiranya perlanjutan tempoh gagal diperolehi, kepentingan

Kerajaan tidak lagi dilindungi selepas 5 Ogos 2012.

Mengikut maklum balas Kementerian, kepentingan Kerajaan masih lagi dilindungi

sehingga tempoh sah laku bon pelaksanaan tamat pada 5 Ogos 2012. Kementerian

memandang serius akan implikasi yang timbul sekiranya bon pelaksanaan gagal

disambung. Kontraktor telah mengemukakan permohonan melanjutkan tempoh sah

laku pada 9 Mei 2012 dan bank berkenaan telah mengesahkan bahawa tarikh luput

Jaminan Bank telah dilanjutkan sehingga 17 Mac 2013 melalui surat bertarikh 8 Jun

2012.

Pada pendapat Audit, KDN perlu sentiasa memastikan tempoh sah laku bon bagi

setiap kontrak perolehan/pembinaan meliputi tempoh lanjutan masa yang diluluskan

supaya kepentingan Kerajaan dilindungi.

Tempoh Membaiki Kecacatan

Sehingga tarikh pengauditan, Jadual Kerosakan Pertama tidak disediakan dan

hanya beberapa borang aduan pihak pengguna dikemukakan kepada Unit

Pengurusan Kompleks KDN untuk tindakan pembaikan selanjutnya.

Mengikut maklum balas Kementerian, Jadual Kerosakan Pertama yang

menggabungkan semua aduan dan kecacatan telah disediakan dan dikemukakan

kepada Kontraktor pada 4 Mei 2012 dan Kontraktor telah diminta menjalankan kerja

pembaikan dalam tempoh yang bersesuaian seperti yang dinyatakan dalam

kontrak. KDN akan mengeluarkan Jadual Kecacatan Akhir dalam tempoh 14 hari

selepas tamat tempoh DLP pada 17 Mac 2013.

Pada pendapat Audit, untuk menjaga kepentingan Kerajaan, PP perlu memastikan

segala kecacatan, ketidaksempurnaan, kekurangan atau kerosakan yang dikenal

pasti dibaiki oleh Kontraktor dalam tempoh masa yang ditetapkan.

410

410

Kontraktor telah kemukakan permohonan melanjutkan tempoh

sah laku bon pada 9 Mei 2012 dan AmBank Berhad melalui

surat bertarikh 8 Jun 2012 telah mengesahkan bahawa tarikh

luput Jaminan Bank berkenaan telah dilanjutkan sehingga

17 Mac 2013.

Semua kecacatan kerja yang telah dilaporkan sejak CPC

dikeluarkan telah diambil tindakan oleh Kontraktor dengan

memuaskan.

KDN akan mengeluarkan Jadual Kecacatan Akhir dalam tempoh

14 hari selepas tamat tempoh DLP pada 17 Mac 2013 (selaras

dengan Klausa 48, Kontrak Piawai Kontrak Reka & Bina JKR

Edisi 2002).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!