02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pegawai Penyelia akan memantau Pegawai Meja melalui

pelaporan setiap dua (2) minggu berkenaan status pentadbiran

kes untuk memastikan notis tunggakan dikeluarkan dalam masa

yang telah ditetapkan. Selain itu, pencapaian kadar pematuhan

cawangan turut dibentangkan dalam Mesyuarat Pengarah-

Pengarah Negeri suku tahun ketiga 2012 yang akan diadakan

pada bulan Oktober 2012.

2.5.9.3.a

2.5.9.3.b

Proses Penzahiran Dan Penghasilan Harta Yang Tidak Teratur - Penerimaan

Maklum Balas Pihak Berkaitan

Sebanyak 2,490 surat permohonan maklum balas berkaitan pemilikan harta

bankrap/syarikat telah dihantar bagi 688 fail kes di kesemua pejabat yang dilawati.

Daripada jumlah permohonan tersebut, pihak Audit tidak dapat menentukan sama

ada jawapan/maklum balas telah diterima atau tidak bagi 2,166 (87%) surat

permohonan maklum balas yang telah dihantar memandangkan tiada maklumat

jawapan dapat disemak di dalam fail kes. Oleh itu, MdI tidak dapat memastikan

sama ada bankrap/syarikat memiliki harta yang boleh dihasilkan.

Penyerahan Maklumat Oleh Bank/Institusi Kewangan

i. Semakan Audit terhadap 688 fail kes kebankrapan/penggulungan syarikat

mendapati surat makluman kepada semua bank/institusi kewangan yang

beroperasi di Malaysia mengenai tanggungjawab Ketua Pengarah

Insolvensi/pelikuidasi sebagai pentadbir harta/tanggungan bankrap/syarikat telah

dikeluarkan kecuali sebanyak 24 fail kes di Cawangan Taiping. Surat makluman

tersebut juga bertujuan untuk mengarahkan pihak bank/institusi kewangan

menyerahkan maklumat mengenai akaun dan baki kredit berserta penyata kirakira

akaun bankrap/syarikat sekiranya mempunyai deposit/akaun.

Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat memastikan sama ada setiap bank/

institusi kewangan tersebut telah memberikan jawapan dan menyerahkan baki

kredit yang sepatutnya kepada MdI memandangkan tiada rekod

penerimaan/surat jawapan disimpan di dalam fail kes. Pihak Audit juga

mendapati tiada sistem pemantauan diwujudkan untuk memantau

jawapan/maklum balas dari semua bank/institusi kewangan tersebut.

ii. Semakan Audit terhadap CMS mendapati sebanyak 136 (20.5%) daripada 664

fail kes yang telah dihantar surat makluman mempunyai baki kredit akaun di

bank/institusi kewangan. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat menjalankan

semakan silang antara rekod CMS dengan dokumen/penyata kira-kira bank bagi

136 kes berkenaan memandangkan ianya tidak disimpan dalam fail kes.

iii. Kesannya, pihak Audit tidak dapat mengesahkan ketepatan baki yang telah

29

29

Pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh Jabatan dalam

memastikan proses penzahiran dan penghasilan harta

dilaksanakan secara teratur. Berikut antara inisiatif yang telah

diambil:

(a)

Laporan 2 minggu diadakan di cawangan-cawangan untuk

pegawai-pegawai melaporkan kepada Ketua Unit dan

Ketua cawangan status pentadbiran setiap kes pada setiap

2 minggu; dan

(b) MdI juga akan dibantu oleh sistem INSIST yang

mempunyai kemudahan ‘alert’ bagi memastikan sama ada

maklum balas telah diterima atau belum daripada pihak

bank/institusi kewangan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!