02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

49.5.2.2.c.i

Kemudahan Latihan - Sirkit Merempuh Halangan

Jarak minimum antara setiap elemen sirkit merempuh halangan yang ditetapkan

dalam SOC adalah 40 kaki. Jarak yang ditetapkan adalah bagi memenuhi

keperluan keselamatan. Temu bual dengan jurulatih modul fizikal di kem berkenaan

mendapati ketidakpatuhan jarak tersebut boleh mengundang kecederaan kepada

pelatih semasa menjalani latihan. Pemeriksaan Audit mendapati semua 7 kem yang

dilawati tidak mematuhi sepenuhnya jarak yang ditetapkan.

Maklum balas JLKN menyatakan jarak antara sirkit merempuh halangan yang

dinyatakan dalam SOC adalah sebagai panduan sahaja dan pembinaan

sebenarnya tertakluk kepada kontur tanah.

Sehingga kini tiada rekod kecederaan disebabkan aktiviti

kembara halangan yang dicatatkan sepanjang pelaksanaan

PLKN.

Jarak 40 kaki antara halangan bagi sirkit merempuh halangan

yang dinyatakan dalam SOC 2004 hanya sebagai panduan

sahaja dan pembinaan sebenarnya tertakluk kepada contour

tanah dan keluasan kem yang berkenaan.

Tambahan lagi, Jurulatih Fizikal PLKN adalah terlatih, maka

mereka sentiasa menitikberatkan disiplin dalam pelaksanaan

latihan agar latihan dijalankan dengan selamat dan teratur.

49.5.2.2.c.ii

Kemudahan Latihan Air

Operator kem juga perlu menyediakan kemudahan latihan air seperti rafting,

canoeing/kayaking, river crossing dan floatation. Antara kelengkapan atau peralatan

yang perlu disediakan ialah 30 kanu sit in (20 double dan 10 single seater); jaket

pelampung dan paddle yang boleh menampung satu platun (25 peserta) dalam satu

masa dan satu bot penyelamat jenis getah dengan muatan minimum 6 penumpang.

Bagi semua latihan air operator kem perlu menyediakan sekurang-kurangnya 110

jaket pelampung. Pemeriksaan Audit mendapati 4 daripada 7 kem yang dilawati

tidak mematuhi sebahagian SOC yang ditetapkan.

Mulai Kumpulan 2 Siri 9 Tahun 2012, Latihan Air PLKN telah

dihentikan. Bersesuaian dengan keputusan tersebut, Mesyuarat

Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Bil.2/2012 pada

3 Julai 2012 telah bersetuju Latihan Air PLKN dilaksanakan di

kolam renang menggantikan kolam semulajadi. Selaras dengan

itu, beberapa elemen baru diperkenalkan iaitu Aktiviti Latihan

Keyakinan Diri di Air, Latihan Pengapungan dan Latihan

Keselamatan di Air (Basic Rescue)

49.5.2.2.d

Denda Ke Atas Perkhidmatan A Yang Tidak Memuaskan

Semakan Audit mendapati sepanjang tempoh penubuhan JLKN, tiada denda

dikenakan ke atas operator kem walaupun Perkhidmatan A didapati tidak

memuaskan.

Berdasarkan maklum balas JLKN, Draf Kertas Penubuhan Jawatankuasa Teknikal

Denda Perkhidmatan Tidak Memuaskan Di Kem PLKN telah disediakan di peringkat

JLKN bagi memperincikan denda ke atas aspek perkhidmatan yang tidak

disediakan oleh Pengusaha Kem.

Pada pendapat Audit, JLKN perlu memantau kem PLKN yang tidak mematuhi

perenggan 5 kepada SST serta memperincikan denda bagi Perkhidmatan A.

Tindakan tegas perlu diambil dengan mengenakan denda terhadap kem yang tidak

mematuhi SOC. Bagi kem PLKN yang menyediakan perkhidmatan yang kurang

memuaskan, JLKN perlu mempertimbangkan sama ada kontrak di kem berkenaan

disambung atau sebaliknya.

Jawatankuasa Teknikal Denda Perkhidmatan Tidak Memuaskan

telah ditubuhkan pada 22 Jun 2012 melalui Mesyuarat

Pengurusan Pegawai-pegawai Kanan. Ahli Jawatankuasa yang

dicadangkan adalah Bahagian Perolehan, Penasihat Undangundang,

Bahagian Kewangan dan Akaun serta Bahagian

Operasi dengan Bahagian Pengurusan Prasarana sebagai

Urusetia.

Jawatankuasa ini telah menentukan Term of Reference yang

terpakai dan mencadangkan polisi pelaksanaan denda terhadap

sebarang Perkhidmatan A yang tidak memuaskan di kem PLKN.

404

404

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!