02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

49.5.2.1 Pemilihan Peserta

Semakan Audit ke 7 kem PLKN mendapati daripada 35,402 orang yang ditawarkan

hanya seramai 20,833 orang (58.9%) telah berjaya menamatkan latihan bagi

tempoh tahun 2009 hingga 2011. Perbezaan jumlah pelatih yang tamat latihan

daripada jumlah yang ditawarkan disebabkan terdapat pelatih yang ingkar dari

menjalani latihan; pelatih dibenarkan penangguhan, pengecualian dan pelepasan

awal; pelatih sukarela dan pelatih kemasukan semula.

Pada pendapat Audit, JLKN perlu mempertingkatkan promosi mengenai PLKN

supaya semua pihak memahami teras dan objektif PLKN bagi menarik minat bakal

pelatih menyertai program tersebut. Selain itu, JLKN hendaklah mengambil tindakan

terhadap pelatih yang ingkar menghadiri latihan berdasarkan perundangan yang

ditetapkan.

Mengikut Seksyen 18 Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta

628), setiap pelatih terpilih yang ingkar menghadiri PLKN adalah

melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh diperintah

melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam

secara aggregat.

Setiap pelatih ingkar telah diambil tindakan undang-undang

berdasarkan peruntukan Akta Latihan Khidmat Negara 2003

(Akta 628) yang disebutkan.

Sejak tahun 2004 seramai 14,982 pelatih ingkar telah disiasat

oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Daripada jumlah tersebut 13

kes telah dibawa ke mahkamah dan 6 pelatih telah dijatuhkan

hukuman.

Daripada jumlah yang disiasat itu juga, seramai 998 pelatih telah

diputuskan oleh Timbalan Pendakwaraya untuk dipanggil semula

menjalani PLKN kerana tidak disabitkan bersalah. 784 pelatih

telah dipanggil semula menjalani latihan pada tahun 2011

manakala baki 214 pelatih akan dipanggil di dalam Kumpulan 3

Siri 9/2012 yang akan bermula pada 9 September 2012.

Selain itu, sejak tahun 2005 Jabatan juga telah memanggil

semula seramai 39,617 pelatih yang diberikan penangguhan

agar menjalani latihan PLKN kembali setelah tempoh

penangguhan mereka tamat.

Sebagai langkah meningkatkan lagi kehadiran pelatih, beberapa

kaedah telah dan akan dilaksanakan iaitu:

i. Kemasukan lepasan STPM yang tidak dipilih sebagai

pelatih sukarela

ii. Panggilan untuk Kemasukan Semula bagi pelatih

penangguhan setiap tahun

iii. Tawaran bagi kemasukan pelatih sukarela bagi setiap

kumpulan

Promosi yang telah dijalankan oleh JLKN bagi menggalakkan

kehadiran adalah seperti berikut:-

400

400

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!