02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

48.5.4 Penyerahan As Built Drawing

Semakan Audit mendapati sehingga tarikh pengauditan, as-built drawing dan

dokumen berkaitan masih belum dikemukakan kepada agensi pelaksana walaupun

projek telah diperakukan siap pada 29 Ogos 2010.

Menurut maklum balas Kementerian, peringatan awal telah diberi kepada kontraktor

melalui siri mesyuarat tapak supaya menyediakan draf as-built drawing selepas

kerja berkaitan disiapkan. Notis peringatan juga dikeluarkan kepada kontraktor

supaya mengemukakan as-built drawing bagi memudahkan kerja penyenggaraan

oleh pasukan. Mesyuarat koordinasi turut diadakan bagi menggesa kontraktor agar

memajukan segera as-built drawing, manual operasi dan sijil-sijil jaminan.

Kontraktor telah mengemukakan draf as built drawing kepada

agensi pelaksana pada 18 April 2012. Draf tersebut telah

disemak dan dikembalikan semula kepada kontraktor pada

26 April 2012 untuk dipinda. Kontraktor telah diberi peringatan

dan gesaan melalui mesyuarat koordinasi kecacatan projek yang

diadakan setiap dua bulan.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memantau dengan rapi bagi memastikan

kontraktor mengemukakan as-built drawing bagi membolehkan Agensi Pelaksana

mengesahkan reka bentuk dan kemudahan yang sepatutnya dilaksanakan.

48.5.5 Pelaksanaan Penyenggaraan

Semakan Audit mendapati Kentonmen Kementah telah diwujudkan sebagai

pasukan ad-hoc mulai bulan Januari 2011 yang mengambil alih pengurusan, logistik

dan penyenggaraan 6,456 unit RKAT di bawah tanggungjawabnya. Anggaran kos

penyenggaraan yang berjumlah RM14 juta bagi RKAT baru dan RM8.50 juta bagi

RKAT lama telah dipohon tetapi hanya sejumlah RM5.50 juta sahaja diluluskan.

Jumlah ini tidak dapat menampung keperluan sebenar bagi kerja-kerja

penyenggaraan.

Berdasarkan maklum balas, Kementerian akur bahawa peruntukan yang disediakan

sebanyak RM5.5 juta adalah tidak mencukupi untuk menyenggara 9 kompleks di

bawah Kentonmen Kementah bagi tahun 2012. Keperluan sebenar adalah RM22.5

juta. Oleh kerana kekurangan tersebut, Kementerian telah memohon tambahan

RM8.5 juta untuk tahun 2012 yang masih lagi dalam tindakan Kementerian

Kewangan.

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya prestasi penyenggaraan bagi RKAT

lama dan RKAT baru masih tidak memuaskan berikutan kekurangan peruntukan.

Selain itu, penyenggaraan yang dibuat lebih kepada aspek pembaikan jangka

pendek yang akan menyebabkan kerosakan berulang dan memerlukan kos

pembaikan secara berterusan di masa hadapan.

398

398

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!