02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

48.5.3.2 Pembekalan Perabot

Pemeriksaan Audit mendapati kualiti perabot yang dibekalkan di 8 projek RKAT

adalah kurang memuaskan. Selain itu, perabot telah dibekalkan di RKAT TD Kem

Kinabatangan, Sandakan, Sabah walaupun masih belum diluluskan

skop/spesifikasinya.

Kementerian telah membuat keputusan supaya pembekalan

perabot bagi Perumahan TD Sandakan dilaksanakan oleh Remt

Utama Sdn Bhd sebagaimana terkandung di dalam dokumen

kontrak.

Berdasarkan maklum balas mengenai bekalan perabot di RKAT TD Kem

Kinabatangan Sandakan, Sabah, Kementerian telah bersetuju dengan cadangan

perabot yang disyorkan oleh kontraktor semasa lawatan ke kilang. Namun begitu,

mock up yang telah disediakan oleh kontraktor tidak menepati spesifikasi dan

kontraktor gagal untuk membuat penggantian dalam tempoh yang ditetapkan.

Seterusnya skop ini telah dikeluarkan daripada kontrak dan Kementerian akan

melantik pihak ketiga untuk menyediakan perabot berkenaan.

48.5.3.3 Kepuasan Penghuni

Bagi menilai tahap kepuasan penghuni terhadap kemudahan RKAT yang

disediakan oleh Kementerian, pihak Audit telah mengedarkan borang soal selidik

kepada penghuni di 12 RKAT yang dilawati. Soal selidik ini bertujuan menilai ulasan

dan cadangan penghuni terhadap keadaan RKAT, perabot yang disediakan,

tindakan terhadap aduan penghuni dan juga cadangan bagi menambah baik

kemudahan RKAT.

Berdasarkan 330 borang soal selidik yang telah dikembalikan, hanya 35.8%

berpuas hati dengan keadaan fizikal RKAT yang disediakan manakala 64.2% tidak

berpuas hati dengan keadaan fizikal RKAT yang mempunyai kecacatan pembinaan

yang tinggi dan juga kerosakan berulang. Bagi kemudahan perabot pula, 75.8%

berpuas hati kerana RKAT dilengkapi dengan perabot. Penilaian penghuni terhadap

kualiti perabot yang disediakan pula mendapati 63.3% penghuni tidak berpuas hati

dengan keadaan perabot yang disediakan iaitu mudah rosak dan usang disebabkan

kualiti yang rendah. Selain itu, 63.6% tidak berpuas hati terhadap aduan kerosakan

yang lewat diambil tindakan. Penghuni terpaksa membuat aduan berulang dan

tinggal dalam keadaan yang tidak selesa akibat kerosakan dan kecacatan

pembinaan terutamanya sistem saliran air serta saluran najis yang tidak sempurna.

Secara umumnya, semua penghuni berpendapat kemudahan RKAT perlu ditambah

baik dengan cara membaiki kerosakan segera serta menjalankan penyenggaraan

yang sistematik dan berkala.

Berdasarkan maklum balas penghuni, dapat dirumuskan bahawa objektif projek

RKAT tidak tercapai sepenuhnya kerana tahap kecacatan pembinaan yang tinggi,

kerosakan berulang, aduan penghuni lewat diambil tindakan dan kualiti perabot

yang rendah serta mudah rosak.

397

397

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!