02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

menyerahkan PHE.

pengarah syarikat tersebut telah melakukan kesalahan di bawah

seksyen 234 Akta Syarikat 1960 dan boleh dijatuhkan hukuman

penjara 3 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya

sekali.

Selaras dengan peruntukan undang-undang tersebut, MdI telah

mengambil tindakan menghantar nama bekas pengarah syarikat

yang gagal memfailkan PHE kepada SSM untuk tindakan lanjut.

Sebanyak 18 kes yang telah disenaraikan oleh Jabatan Audit

Negara sebagai kes yang tidak difailkan PHE. 5 daripada 18 kes

tersebut telah pun mempunyai PHE. Nama bekas pengarah

syarikat bagi 13 kes yang tidak mempunyai PHE telah

dikemukakan kepada SSM pada bulan Februari 2012.

2.5.8.2 Pemantauan Bayaran Ansuran Bulanan

Semakan Audit terhadap 191 lejar estet bankrap mendapati 76 (39.8%) lejar estet

mempunyai tunggakan berjumlah RM115,310. Daripada bilangan lejar estet

bankrap yang tertunggak tersebut, sebanyak 27 kes tidak diberikan Notis Amaran

Tunggakan. Manakala bagi 33 kes di mana Notis Amaran Tunggakan diberikan pula

didapati notis tersebut lewat dikeluarkan antara 1 hingga 26 bulan.

2.5.8.3 Kelewatan pengeluaran notis menyebabkan tindakan seterusnya tidak dapat

diambil terhadap bankrap dan jumlah tunggakan ansuran bertambah. Oleh itu,

bankrap akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan jumlah tunggakan dalam

tempoh yang ditetapkan.

2.5.8.4 Semakan Audit selanjutnya mendapati Notis Amaran Tunggakan yang dikeluarkan

bagi 10 kes telah tamat tempoh, namun prosiding komital masih belum dimulakan.

Pada pendapat Audit, pemantauan bayaran ansuran bulanan yang berkesan perlu

dilakukan bagi memastikan tiada tunggakan melebihi 3 bulan berlaku. Notis Amaran

Tunggakan perlu diberikan segera demi mengelakkan jumlah tunggakan bertambah

dan menyebabkan bankrap sukar untuk menjelaskannya dalam tempoh 14 hari

daripada tarikh notis diberikan. Selain itu, prosiding komital juga boleh dimulakan

sekiranya pengeluaran notis mematuhi tempoh yang ditetapkan.

8 Kertas Siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian

Penyiasatan dan Penguatkuasaan (BPP) dan Bahagian

Pendakwaan (BD) oleh MdI Kuala Lumpur dan MdI Selangor

pada 7 Ogos 2012. Hasil kajian didapati tindakan pendakwaan

ke Mahkamah tidak boleh diambil untuk 8 kes tersebut kerana

tiada keterangan yang mencukupi bagi membuktikan setiap

intipati kesalahan.

Berkenaan 2 kes dari MdI Pulau Pinang, cawangan telah

mengambil tindakan untuk menghantar Kertas Siasatan dan

akan diterima oleh BPP dan BD selewat-lewatnya pada 10 Ogos

2012 untuk keputusan.

Terdapat peningkatan bilangan tindakan pendakwaan di

Mahkamah untuk Seksyen 91(2) Akta Kebankrapan 1957 pada

tahun 2012 jika dibandingkan pada tahun 2011. Sepanjang

tahun 2011 terdapat sejumlah 49 kes. Setakat 15 Julai 2012

sebanyak 68 kes telah dikemukakan di Mahkamah untuk

didakwa kerana kegagalan membayar ansuran bulanan.

Arahan susulan kepada Arahan Jabatan (Bahagian

Kebankrapan) Bil. 8/2010 bertarikh 26 Ogos 2010 telah

dikeluarkan pada 7 Ogos 2012 supaya cawangan mengeluarkan

notis amaran tunggakan ansuran bulanan yang mempunyai

tunggakan melebihi 3 bulan tidak lebih dari 7 haribulan pada

bulan berikutnya.

28

28

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!