02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

48.5.2.1 Kerja Tidak Sesuai / Tidak Praktikal

Semakan Audit di 5 projek RKAT mendapati reka bentuk bangunan dan bilik yang

dibina tidak sesuai/tidak praktikal.

Kerja-kerja penghadang telah dipasang pada Jun 2012 serta

kerja pengubahsuaian telah dilaksanakan oleh kontraktor.

48.5.2.2 Lokasi Pembinaan RKAT

Lawatan Audit ke projek RKAT TUDM Ipoh yang mempunyai 100 unit rumah

mendapati 6 unit untuk pegawai dibina dalam kawasan pangkalan manakala 94 unit

bagi anggota lain-lain pangkat dibina di daerah Lahat, Perak. Projek RKAT ini dibina

berhampiran dengan kilang simen (anggaran 500 meter) yang telah wujud sebelum

cadangan pembinaan dilaksanakan. Semakan Audit terhadap surat daripada

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mendapati pihak JAS tidak menyokong

cadangan pembinaan projek RKAT di kawasan ini pada tahun 2009 disebabkan

kadar pelepasan pencemaran habuk melebihi paras Indeks Pencemar Udara (IPU)

pada sesuatu keadaan luar jangka seperti apabila kilang menggandakan operasi

dan pemprosesan; kerja-kerja penyenggaraan dan system breakdown. Keadaan ini

mendedahkan anggota dan ahli keluarga mereka kepada pencemaran udara yang

boleh menjejaskan kesihatan.

Pada pendapat Audit, nasihat Jabatan Alam Sekitar perlu dipatuhi sebelum

memutuskan lokasi pembinaan RKAT bagi menjamin kesihatan dan kecergasan

warga ATM/keluarga.

48.5.3.1.a

RKAT Siap Tetapi Tidak Diduduki Sepenuhnya - RKAT Rosak Tidak Dapat

Diduduki

Sebanyak 44 unit RKAT baru dan 1,031 unit RKAT lama adalah dalam keadaan

rosak teruk dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi. Ke semua RKAT baru

rosak teruk semenjak siap pembinaannya dan tidak boleh diduduki iaitu 23 unit di

TUDM Subang, 16 unit di Kem Pasifik dan 5 unit di Kem Kementah 1. Antara

kerosakan yang diperhatikan semasa lawatan Audit ialah sistem paip dan saluran

najis yang tidak sempurna menyebabkan siling reput dan runtuh. Tambahan pula

RKAT tersebut dibiarkan begitu sahaja sejak diambil alih antara tahun 2006 hingga

2009 tanpa sebarang pembaikan dan penyenggaraan. Selanjutnya 1,031 unit RKAT

lama mengalami kerosakan teruk kerana tidak disenggarakan dengan sewajarnya.

Keadaan ini menjejaskan unit RKAT yang berhampiran serta menimbulkan

ketidakselesaan kepada penghuni sedia ada.

Pihak Kementerian telah mengambil tindakan untuk pembaikan

kecacatan di Kem Pasifik dan Kem Kementah dengan melantik

pihak ketiga untuk kerja pembaikan kecacatan dengan kos yang

ditanggung oleh USL.

RKAT Subang pula telah diserahkan kepada JKR Senggara

pada Januari 2010. Segala kerosakan bukan lagi dibawah

tanggungan USL. Berkenaan 23 unit di TUDM Subang 9 unit

telah dibaiki oleh JKR dan telah diduduki. Manakala baki 14 unit

dalam perancangan untuk kerja pembaikan tertakluk kepada

peruntukan senggaraan yang mencukupi.

Berkaitan dengan kerosakan 16 unit di Kem Pasifik dan 5 unit di

Kem Kementah ianya telah pun dibaiki dan kosnya ditanggung

oleh USL.

395

395

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!