02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Tindakan untuk merampas Jaminan Bank bagi projek ini tidak

dapat dilakukan kerana kontraktor telah menyelesaikan kerjakerja

pembaikan yang telah disahkan oleh MINDEF.

48.5.1.1.c.iv

48.5.1.2.a

Lawatan Audit ke 12 projek RKAT mendapati kualiti pembinaan bagi 6 projek RKAT

di sekitar Lembah Klang adalah kurang memuaskan. Bagaimanapun, Kementerian

telah mengambil tindakan terhadap sebahagian kecacatan/ kerosakan yang

dilaporkan oleh pihak Audit. Gambar berikut menunjukkan kerosakan/kecacatan

yang diperhatikan serta contoh tindakan pembaikan yang dilaksanakan oleh

kontraktor pihak ketiga yang dilantik oleh Kementerian.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, pemantauan terhadap 6 projek di Lembah

Klang dilakukan setiap bulan sejak projek bermula pada tahun 2003. Dalam setiap

mesyuarat tapak, kontraktor telah diingatkan supaya mematuhi obligasi kontrak.

Surat amaran juga telah dikeluarkan supaya kontraktor membaiki prestasi kerjanya.

Berdasarkan maklum balas mesyuarat tapak, diperhatikan punca kecacatan yang

tinggi adalah:

Syarikat USL kurang berpengalaman dan pegawai teknikal kurang kompeten.

Kelewatan mendapat kelulusan atas perkara-perkara yang dibangkitkan dalam

mesyuarat tapak seperti kelulusan untuk membaiki kecacatan.

Kontrak antara Syarikat USL dengan Kerajaan adalah secara Turnkey

manakala kontrak Syarikat USL dengan sub kontraktor adalah secara

konvensional. Ketidaksamaan penawaran kontrak ini telah menimbulkan

percanggahan skop kerja dan spesifikasi serta akhirnya menyebabkan

peningkatan kos kepada Kerajaan.

Pada pendapat Audit, Kementerian tidak sepatutnya menerima projek RKAT yang

mempunyai kecacatan dan kerosakan pembinaan yang tinggi sehingga

menyebabkan anggota ATM terpaksa menduduki RKAT yang tidak berkualiti.

Kementerian juga perlu memastikan perunding yang dilantik melaksanakan kerja

pemantauan dengan lebih tegas dan mengarahkan kontraktor melaksanakan kerja

dengan segera mengikut syarat kontrak yang ditetapkan. Perunding, Pengurus

Projek dan kontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya perlu

disenaraihitamkan.

Pencapaian Kewangan

Secara keseluruhannya, peruntukan siling RMKe-9 bagi 38 projek RKAT ialah

sebanyak RM1,742.12 juta. Sehingga bulan Disember 2011, kos bagi 38 projek

RKAT ialah sebanyak RM3,206.83 juta iaitu peningkatan sebanyak RM1,464.71 juta

(84.1%) daripada peruntukan siling asal. Bagi 12 projek RKAT yang dilawati, kos

kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta. Bagaimanapun, kos ini telah meningkat

393

393

Tiada kos yang akan ditanggung oleh kerajaan memandangkan

kos bagi melantik kontraktor pihak ketiga adalah diselaraskan

daripada harga kontrak kontraktor asal sepertimana dipersetujui

oleh pihak USL.

MINDEF akur dengan jumlah kecacatan yang tinggi bagi projek

RKAT di Lembah Klang yang mencapai 13,866 aduan.

Pemantauan berterusan setiap bulan telah diadakan oleh

MINDEF sejak projek dimulakan pada tahun 2003. Jumlah

mesyuarat tapak yang telah diadakan sehingga kini 7 Ogos 2012

adalah 617 kali. 22 Surat Amaran telah dikeluarkan kepada USL

seperti di bawah :

1. Kem Pasifik – 3 surat amaran

2. Kem Kementah 1 -4 surat amaran

3. Kem Kementah 2 – 8 surat amaran

4. Kem Kementah 3 – 3 surat amaran

5. Jalan U-Thant 1 – 4 surat amaran

Peningkatan kos bagi 5 Projek RKAT yang dilaksanakan oleh

BPKP sebagaimana di dalam Jadual 7, pengiraan semula telah

dibuat dan didapati peningkatan kos hanyalah 2.8% sahaja

berbanding jumlah keseluruhan 15.5% bagi 12 projek yang

dilaporkan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!