02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

dipersetujui oleh pihak USL.

48.5.1.1.c.iii

Pembinaan RKAT TUDM Subang oleh Syarikat USL dengan kos projek berjumlah

RM171.30 juta telah siap dibina pada tahun 2006 dan tamat tempoh tanggungan

kecacatan pada bulan Julai 2008. Lembaga Ambil Alih pada 3 Julai 2006

melaporkan pembaikan kecacatan pembinaan untuk tindakan segera oleh pihak

kontraktor bagi menjamin keselesaan pihak pengguna.

Bagaimanapun, RKAT ini telah dirasmikan pada 18 September 2006 dan kontraktor

gagal membaiki kecacatan pembinaan yang dibangkitkan oleh Lembaga Ambil Alih.

Seterusnya, pihak Audit mendapati Kementerian telah mengeluarkan Perakuan

Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) pada 7 Julai 2011 berdasarkan perakuan

bahawa kontraktor telah menyiapkan sepenuhnya kerja pembaikan pada bulan

Februari 2009. Namun begitu, lawatan Audit pada bulan September 2011

mendapati masih terdapat unit RKAT yang rosak teruk dan memerlukan kerja

pembaikan. Semakan selanjutnya mendapati pemeriksaan bangunan telah

dijalankan pada 19 hingga 22 Januari 2010 iaitu satu tahun selepas berakhirnya

tempoh tanggungan kecacatan. Pasukan Pemeriksa Bangunan yang terdiri

daripada wakil Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan, USPN Selangor dan JKR

Tentera Subang telah menganggarkan kos yang diperlukan untuk pembaikan

semua kerosakan sebelum proses ambil alih tugas senggara adalah berjumlah RM5

juta. Bagaimanapun, jaminan bank bernilai RM8.56 juta yang masih dalam

pegangan Kementerian telah tamat tempoh sejak bulan Januari 2009.

Pada pendapat Audit, Kementerian sepatutnya merampas jaminan bank setelah

Syarikat USL gagal menyelesaikan kerja pembaikan sebaik sahaja tamat tempoh

tanggungan kecacatan. Kementerian juga tidak sepatutnya mengeluarkan CMGD

memandangkan kerja pembaikan yang masih belum selesai dilaksanakan oleh

kontraktor. Kelemahan dalam pengurusan projek ini telah menyebabkan Kerajaan

terpaksa menanggung kos tambahan bagi kerja pembaikan.

RKAT TUDM Subang telah diambil alih pada 3 Julai 2006 dan

telah diduduki mulai September 2006. Tempoh DLP bagi projek

ini adalah selama 2 tahun dan sekiranya berlaku kecacatan

selepas tempoh tersebut ianya perlu diperbaiki dengan

menggunakan peruntukan senggaraan Kerajaan.

Sijil Perakuan Siap Membaiki Kecacatan telah dikeluarkan

Kementerian selepas pengesahan daripada pihak pengguna ke

atas kerja pembaikan kecacatan telah dilaksanakan. Oleh itu,

tidak perlu Kementerian merampas jaminan bank.

Kerosakan selepas DLP perlu dibiayai oleh Kerajaan. Namun

begitu, pembaikan tersebut tidak dapat laksanakan segera

kerana kekangan peruntukan.

Berasaskan kepada kronologi, projek ini telah melepasi tempoh

DLP iaitu pada 9 Julai 2008 dan kecacatan telah berlaku

selepas itu maka ianya perlu dibiayai daripada peruntukan

senggaraan. Memandangkan keadaan kerosakan yang berlaku

memerlukan tindakan segera, JKR telah diminta untuk

melaksanakan pembaikan tersebut dengan menggunakan

peruntukan RM5 juta yang telah disediakan bagi tahun 2010 dan

2011. Kronologi bagi projek ini adalah seperti berikut:-

9 Julai 2008 – DLP tamat

30 April 2009 – permohonan CMGD oleh USL

13 Mei 2009 – pengesyoran CMGD kepada

Kementerian oleh PMC

18 Jun 2009 – Surat Penyerahan Rasmi daripada

MINDEF kepada JKR

19 - 22 Januari 2010 – Pemeriksaan Pelan Penerimaan

Penyenggaraan Fasiliti (FMAP)

11 November 2010 – permohonan status permohonan

CMGD oleh USL kepada PMC dan salinan kepada

Kementerian

15 Disember 2010 – permohonan status CMGD oleh

PMC kepada Kementerian

7 Julai 2011 - Perakuan Siap Membaiki Kecacatan

telah dikeluarkan oleh kementerian.

392

392

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!