02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

48.5.1.1.b.v

48.5.1.1.c.i

melalui kaedah tender terhad dengan tempoh siap selama 96 minggu iaitu mulai 8

Julai 2008 sehingga 10 Mei 2010. Adalah didapati kontraktor yang telah dipilih ini

menawarkan harga terendah di kalangan penender yang mengemukakan tawaran.

Projek ini dikawal selia oleh 4 perunding yang dilantik oleh Kementerian.

Semakan Audit selanjutnya mendapati Kementerian telah meluluskan satu Arahan

Perubahan Kerja melibatkan 19 skop kerja yang disebabkan oleh kenaikan harga

bahan mentah (besi dan simen) berjumlah RM4.03 juta setakat bulan Disember

2011. Selaras dengan kelulusan ini, kos projek telah meningkat sebanyak 5% iaitu

daripada RM73.97 juta menjadi RM78 juta. Laporan projek sehingga bulan

Disember 2011 menunjukkan tahap kemajuan projek secara keseluruhan adalah

83.7% iaitu kelewatan 16.3% daripada jadual. Oleh itu, sasaran untuk menyediakan

RKAT baru yang dapat memberi keselesaan serta mengubah kehidupan dan

keharmonian anggota yang berkeluarga tidak tercapai sehingga kini berikutan

kelewatan penyiapannya.

Berdasarkan maklum balas, permohonan Lanjutan Masa Keempat telah

dikemukakan semula oleh kontraktor kepada Unit Teknikal Bahagian Pembangunan

Kementerian melalui perunding projek. Bagaimanapun, sehingga kini tiada

kelulusan diberikan dan bermula 24 September 2011, pihak kontraktor telah

dikenakan LAD RM13,314.86 sehari. Kemajuan fizikal keseluruhan projek sehingga

bulan April 2012 ialah 91%.

Pada pendapat Audit, pemantauan yang lebih kerap perlu dijalankan terhadap

pelaksanaan projek RKAT TD Kem Kinabatangan bagi mempercepatkan

penyiapannya serta memastikan spesifikasi projek dipatuhi sepenuhnya.

Kerosakan Dan Kecacatan Pembinaan

Semakan Audit terhadap 12 projek RKAT baru mendapati 11 projek telah siap dan

diduduki. Bagaimanapun semasa tarikh ambil alih, sebanyak 8 projek yang telah

siap dilaporkan mempunyai bilangan kerosakan dan kecacatan pembinaan antara

53 hingga 5,223. Daripada 8 projek tersebut, didapati 6 projek RKAT di Lembah

Klang yang dibina oleh Syarikat USL mempunyai bilangan kerosakan dan

kecacatan pembinaan yang paling tinggi iaitu antara 161 hingga 5,223 semasa

tarikh ambil alih.

391

391

dan mempertimbangkan syor daripada pihak perunding tersebut.

Kementerian hanya meluluskan 1 Variation Of Prices (VOP) dan

bukannya 19 Variation Order (V.O) seperti yang dilaporkan.

Kementerian akur bahawa projek ini telah mengalami kelewatan

disebabkan ketidakcekapan kontraktor menyiapkan projek ini

mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada 24 September 2011

(tempoh EOT 3). Kementerian telahpun mengambil tindakan

berikut bagi mempercepatkan penyiapan projek ini antaranya :-

1. Menempatkan Pegawai Unit Teknikal sepenuh masa di

tapak; dan

2. Mesyuarat tapak bagi setiap 2 minggu sekali.

Selain itu, projek ini telahpun dibentangkan dalam Problem

Solving Committee Tier 2 yang dipengerusikan oleh Ketua

Pengarah ICU, JPM pada 20 Julai 2012. Mesyuarat tersebut

telah memutuskan supaya kontraktor mengemukakan sebarang

recovery plan dalam tempoh 1 minggu dan dibawa perkara ini ke

Jawatankuasa Projek Sakit MINDEF.

Berikutan keputusan PSC 2, kontraktor telah mengemukakan

recovery plan kepada Kementerian dan di dalam recovery plan

tersebut pihak kontrak menjangkakan projek ini akan dapat

disiapkan pada 6 September 2012.

Dimaklumkan juga kemajuan setakat 7 September 2012 adalah

95.12%.

Kementerian telah melantik pihak ketiga untuk melaksanakan

kerja-kerja pembaikan kecacatan bagi aduan kecacatan

sehingga Ogos 2011 telah siap. Sementara aduan kerosakan

yang dilaporkan sehingga Disember 2011, pelantikan pihak

ketiga sedang diuruskan.

Tiada kos yang akan ditanggung oleh kerajaan oleh kerana kos

pembaikan kecacatan tersebut diselaraskan dengan harga

kontrak asal sepertimana yang ditetapkan dalam kontrak dan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!