02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

pelanjutan tempoh pengajian kepada pegawainya dengan mengambil kira beban

kerja dan peningkatan penajaan setiap tahun.

47.5.3.d

Pemantauan Skim Latihan Akademik IPTA

Kementerian juga telah mengambil langkah penambahbaikan skim dengan

mengadakan sistem pemantauan yang lebih komprehensif supaya pensyarah dapat

menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa pelanjutan pengajian

untuk menjimatkan kos.

Mengikut maklum balas Kementerian, kemajuan pengajian penerima tajaan ada

dipantau oleh IPTA mengikut kaedah masing-masing dan beban tugas di Unit Skim

Latihan Akademik IPTA menyebabkan fungsi pemantauan ini tidak dapat

dilaksanakan. Bagaimanapun, kini Kementerian telah pun mengambil tindakan

pemantauan meliputi Pemantauan Laporan Kemajuan (Progress Report) daripada

pihak universiti, Bengkel GOT (Graduate on Time) kepada calon tajaan, program

perjumpaan dengan calon tajaan, penggantungan sebahagian atau keseluruhan

tajaan dan juga penambahbaikan di dalam sistem SILA yang sedang dimigrasikan.

Pada pendapat Audit, Unit Skim Latihan Akademik IPTA perlu mempertingkatkan

aspek pemantauan melalui hubungan kerjasama dan penyelarasan maklumat yang

lebih berkesan dengan Unit Cuti Belajar di IPTA.

Kementerian telah merancang untuk mengadakan bengkel GOT

yang melibatkan 700 orang pelajar tajaan dalam negara yang

dalam tahun kedua pengajian di lokasi seperti berikut:-

i. USM pada 14-15 Julai 2012

ii. UiTM pada 14-15 Julai 2012

iii. UTM pada 14-15 Julai 2012

iv. 4 lagi di lokasi yang akan ditetapkan kemudian

Melalui bengkel GOT ini juga, Kementerian dapat mengadakan

sesi perjumpaan/perbincangan dengan calon-calon tajaan.

Kementerian telah melaksanakan usaha penambahbaikan

melalui sistem e-SP yang dijangka dapat beroperasi sepenuhnya

pada bulan Disember 2012. Sistem ini akan memudahkan usaha

pemantauan termasuk penghantaran laporan kemajuan.

389

389

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!