02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

47.5.2.2.b

Pada tahun 2006, bilangan penerima biasiswa yang ditaja bagi kesemua program

adalah seramai 955 orang dan setakat akhir tahun 2011, jumlahnya telah meningkat

kepada 59,124 orang. Manakala bilangan penerima tajaan yang aktif adalah

seramai 29,086 orang iaitu telah meningkat sebanyak 28,131 orang (2,945.7%)

berbanding 955 orang pada tahun 2006. Bagaimanapun, bilangan pegawai di Unit

ini masih sama sejak diwujudkan pada tahun 2006.

Mengikut maklum balas Kementerian, pihaknya telah pun melaksanakan kaedah

penempatan semula pegawai (redeployment), namun masih tidak mencukupi

berikutan 3 unit lain di Bahagian Biasiswa juga mempunyai tugas-tugas tambahan

tanpa sebarang pertambahan jawatan.

Pada pendapat Audit, Unit Skim Latihan Akademik IPTA mempunyai beban tugas

yang berat dan memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk melaksanakan tugas dan

tanggungjawab dengan sempurna. Selain daripada melaksanakan kaedah

penempatan semula (redeployment) antara pegawai dan kakitangan di organisasi

yang sama, Kementerian juga boleh memohon pertambahan jawatan kepada

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

47.5.2.3.b

Kelulusan Pelanjutan Pengajian

Semakan Audit mendapati 47 permohonan lanjutan (9.4%) daripada 500 sampel

penerima tajaan tidak mempunyai bukti permohonan telah diluluskan kerana tiada

tandatangan pegawai yang diberi kuasa. Selain itu, sebanyak 14 permohonan

pelanjutan telah diluluskan oleh pegawai yang tidak diberi kuasa melulus. Sebagai

contoh, pelanjutan kedua telah diluluskan oleh Ketua Penolong Setiausaha dan

bukannya Setiausaha Bahagian.

Melalui penstrukturan semula Bahagian Biasiswa yang

dicadangkan oleh Kementerian (yang dikemukakan kepada

pihak JPA pada minggu kedua Ogos 2012), isu penurunan

kuasa boleh dilaksanakan dengan lebih teratur berikutan

pertambahan pegawai-pegawai yang boleh meluluskan

pelanjutan berkenaan.

Mengikut maklum balas Kementerian, masalah tiada bukti kelulusan pelanjutan

pengajian dan pelanjutan diluluskan oleh pegawai yang tidak diberi kuasa, antara

lain adalah disebabkan beban kerja bertambah setiap tahun kerana jumlah

peningkatan tajaan berbanding perjawatan sedia ada. Selain itu, kekurangan

pegawai yang layak diberi kuasa dan meluluskan permohonan pelanjutan juga telah

menyebabkan permohonan pelanjutan tidak dapat diproses dan diluluskan dengan

segera. Ini akan menyebabkan proses kelulusan pelanjutan pengajian penerima

tajaan tergendala. Bagaimanapun, penurunan kuasa kepada pegawai (desk officer)

tidak dapat dilaksanakan disebabkan kadar pertukaran/perpindahan pegawai yang

tinggi. Di samping itu, sebahagian besar merupakan pegawai baru dan kurang

berpengalaman untuk menilai seterusnya mempertimbangkan permohonan

pelanjutan.

Pada pendapat Audit, permohonan pelanjutan pengajian tidak diluluskan dengan

teratur. Memandangkan Kementerian menjelaskan bahawa masalah ini disebabkan

oleh kekurangan pegawai, Kementerian perlu meneliti semula kuasa meluluskan

388

388

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!