02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

47.5.2.1.a

Sistem Maklumat Latihan

Maklumat untuk seramai 183 penerima tajaan skim (36.6%) adalah tidak lengkap

dan kemas kini dalam SILA. Sebagai contoh, seramai 51 anggota IPTA sebenarnya

telah tamat pengajian tetapi telah direkodkan dalam SILA sebagai masih belajar.

Perbezaan status sebenar penerima tajaan skim dan status yang direkodkan dalam

SILA.

47.5.2.1.b

Penerima biasiswa SLAI menerima elaun dan kemudahan berdasarkan elaun dan

kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang sedang berkuat kuasa. Elaun

dan kemudahan tersebut dibayar terus oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian.

Memandangkan proses bayaran elaun/yuran pengajian diurus melalui SILA,

maklumat yang tidak dikemas kini telah mengakibatkan kesilapan dalam proses

bayaran. Sebagai contoh, bayaran elaun kepada penerima tajaan masih diteruskan

sedangkan beliau telah tamat pengajian atau elaun terkurang dibayar apabila

berlakunya penyelarasan elaun-elaun di negara pengajian. Maklumat

terlebih/terkurang bayaran elaun adalah seperti berikut:

i. Elaun sara hidup/buku/alat perkakas berjumlah RM61,433 telah terlebih

bayar kepada seramai 23 orang penerima tajaan

ii. Elaun sara hidup/buku/alat perkakas/penempatan/tesis berjumlah RM54,881

terkurang dibayar kepada seramai 21 orang penerima tajaan

Mengikut maklum balas Kementerian, penerima tajaan yang telah tamat pengajian

tidak memaklumkan kepada Kementerian bagi tujuan mengemaskinikan rekod

dalam fail penajaan dan SILA. Selain itu, elaun yang terlebih/terkurang bayar juga

disebabkan oleh beban tugas Unit Skim Latihan Akademik IPTA.

Pada pendapat Audit, Sistem Maklumat Latihan tidak diuruskan dengan baik dan

teratur apabila maklumat dalam sistem tidak kemas kini dan ini menyebabkan

bayaran elaun yang tidak tepat/betul kepada penerima tajaan.

47.5.2.2.a

Beban Tugas Unit Skim Latihan Akademik IPTA

Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha Gred M48 dan dibantu

oleh seramai 11 kakitangan. Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2011, ke semua 12

jawatan yang diluluskan telah diisi. Selain menguruskan SLAI, Unit ini juga

bertanggungjawab terhadap biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB),

MyBrain15, Post-Doc/Sub-Kepakaran, Biasiswa Khas Tenaga Akademik, Bantuan

Kewangan Asasi IPTA dan Program Post-Graduate Diploma in Entrepreneurship

(University of Cambridge).

Bagi mengukuhkan lagi unit ini, Kementerian telah menambah

bilangan pegawai seperti berikut:-

1. Seorang pegawai kontrak gred N41 (16 April 2012)

2. 2 orang pegawai kontrak gred N17 (2 Februari 2012)

Bagi mengukuhkan Unit SLAI, Kementerian telah

mencadangkan penstrukturan semula Bahagian Biasiswa

kepada pihak JPA pada minggu kedua bulan Ogos 2012.

387

387

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!