02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Perenggan 47 : Pengurusan Skim Latihan Akademik IPTA

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

47.5.1.2.a

Pencapaian Skim

Daripada peruntukan yang diluluskan, Kementerian hanya membelanjakan

sejumlah RM1.102 bilion (73.4%) untuk tempoh tahun 2006 hingga 2011. Ini

disebabkan, antara lainnya, sasaran Kementerian untuk menaja seramai 6,103

anggota akademik IPTA tidak tercapai. Adalah didapati Kementerian hanya menaja

seramai 3,517 (57.6%) anggota akademik IPTA daripada sasaran 6,103 bagi

tempoh tahun 2006 hingga 2008.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, bilangan anggota akademik IPTA yang

ditaja tidak mencapai angka yang disasarkan adalah kerana kekurangan calon yang

layak, calon belum bersedia, masalah keluarga, melebihi had umur atau tidak

berminat.

Untuk program RMKe-10, melalui Mesyuarat Unjuran Penajaan

Biasiswa SLAB/SLAI 2012-2015 pada 31 Mei 2012 dengan

pihak IPTA, Kementerian telah mengunjurkan semula bilangan

sasaran tajaan daripada 9,700 orang kepada 7,903 orang

sahaja. Unjuran ini adalah berdasarkan kepada:

i. Kekurangan calon yang disebabkan oleh pembekuan

pewujudan jawatan baru pensyarah dan pemansuhan

jawatan Tutor

ii.

iii.

Tenaga pengajar sedia ada tidak mencukupi

Pegawai yang ditaja tidak bergraduat dalam tempoh

yang ditetapkan

Kementerian juga merancang untuk melonggarkan syarat sedia

ada bagi permohonan tajaan SLAI yang merangkumi had umur

dan kelayakan akademik.

47.5.1.2.c Daripada 3,517 anggota akademik yang ditaja untuk tahun 2006 hingga 2008,

Kementerian memaklumkan bahawa bilangan sebenar anggota akademik yang

berjaya menamatkan pengajian PhD atau Sarjana Perubatan sehingga 1 April 2012

ialah seramai 794 orang (22.6%).

47.5.1.2.d

Daripada seramai 3,517 penerima tajaan tahun 2006 hingga 2008, semakan Audit

telah dijalankan terhadap 241 (6.9%) penerima tajaan di 10 IPTA terpilih. Hasil

daripada semakan ini, adalah didapati hanya seramai 62 (25.7%) penerima tajaan

telah berjaya menamatkan pengajian, 159 orang (66%) belum menamatkan

pengajian manakala 20 orang (8.3%) tidak berjaya kerana telah menarik diri,

meninggal dunia atau meletak jawatan.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011 hingga

2015) telah menetapkan sasaran sebanyak 75 peratus

pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di universiti

penyelidikan manakala bagi universiti bukan bertaraf

penyelidikan sebanyak 60 peratus menjelang 2015.

Melalui Mesyuarat Dasar Penajaan bersama YB Menteri

Pengajian Tinggi pada 24 Julai 2012, Kementerian bercadang

untuk mewujudkan program baru bagi pensyarah-pensyarah

yang masih belum mempunyai PhD dan syarat-syarat penajaan

sedia ada dilonggarkan serta peruntukan bagi pencalonan ke

luar negara ditambah bagi meningkatkan bilangan pensyarah

berkelayakan PhD di IPTA.

385

385

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!