02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

46.5.2.5 Pihak Audit mendapati impak daripada penurunan kuasa yang diberikan kepada

pegawai Gred S32 ialah bilangan kes kelulusan lewat dimaklumkan kepada

pemohon telah berkurangan iaitu daripada 112 kes pada tahun 2010 kepada 90 kes

pada tahun 2011. Selanjutnya, pihak Audit di dalam Laporan Ketua Audit Negara

Tahun 2009 telah membangkitkan isu bebanan kerja pegawai/kakitangan di

PKMD/J/B yang merupakan antara faktor proses siasatan dan kelulusan tidak dapat

diselesaikan/dimaklumkan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Piagam

Pelanggan. Bebanan kerja ini menjadi lebih kritikal setelah Program Cari

diperkenalkan di mana bilangan pemohon bantuan meningkat dengan ketara

sedangkan tiada pertambahan jawatan yang diluluskan. Lanjutan daripada isu

tersebut, JKM pada tahun 2009 telah memohon kepada Jabatan Perkhidmatan

Awam untuk menstrukturkan semula organisasinya di peringkat negeri dan daerah.

Adalah didapati JPA dan Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan waran

perjawatan S220/2010 yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010 melibatkan

penambahan 1,886 perjawatan pelbagai gred. Bagaimanapun, penambahan

jawatan yang diluluskan itu belum dibuat pengisian sehingga akhir tahun 2011.

Mengikut maklum balas JKM, permohonan pengisian telah dikemukakan kepada

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam antara bulan Januari hingga April 2012

melibatkan jawatan pelbagai gred seperti Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred

S41; Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Gred S27 dan Pembantu

Pembangunan Masyarakat Gred S17. Untuk menampung beban tugas semasa dan

penubuhan institusi baru, JKM telah memohon penambahan jawatan sama ada

berstatus tetap, kontrak atau sambilan. Pada tahun 2012, JKM juga telah menerima

kelulusan JPA untuk melantik jawatan berikut:

JKM telah melantik pegawai/kakitangan pelbagai gred seperti

berikut;

Gred Jawatan

Bilangan

Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41) 37

Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17) 68

Atendan Kesihatan (U3) 218

Pekerja Projek CARI 543

Pekerja Skim Perkhidmatan Singkat 90

Pekerja Sambilan Harian 133

Bagi jawatan Gred S27, pengambilan masih dalam tindakan oleh

pihak SPA selepas diiklankan yang tamat pada 25 Mei 2012.

Untuk menampung bebanan tugas yang semakin meningkat dan

memantapkan lagi organisasi, pada tahun ini JKM juga telah

menyediakan kertas cadangan penstrukturan organisasi bagi

7,091 perjawatan baru pelbagai gred di seluruh organisasi JKM

di peringkat ibu pejabat, negeri, daerah dan institusi-institusi.

Kertas cadangan Penstrukturan Organisasi JKM telah

dikemukakan kepada pihak pengurusan tertinggi Kementerian

untuk pertimbangan.

a. Atendan Kesihatan Gred U3 (Contract for Service) seramai 218 orang.

b. Pekerja Projek CARI (Contract for Service) seramai 543 orang.

c. Pekerja Skim Perkhidmatan Singkat seramai 90 orang.

d. Pekerja Sambilan Harian seramai 133 orang.

46.5.3.1 Kelayakan Penerima Bantuan

Kriteria kelayakan khusus bagi Skim Bantuan Orang Tua (BOT) ialah warga tua

berumur 60 tahun ke atas; tiada mata pencarian untuk menyara hidup dan jika

mempunyai keluarga, mereka tidak berkemampuan untuk menyara hidup warga tua

tersebut. Pihak Audit telah menjalankan semakan terhadap daftar kelulusan/daftar

bantuan di PKMD/J/B yang dilawati dan mendapati seramai 38 penerima bantuan

BOT tidak memenuhi kriteria khusus yang ditetapkan kerana berumur kurang

daripada 60 tahun.

Mengikut maklum balas JKM, perkara ini berpunca daripada kesilapan pegawai kes

mengira umur klien semasa siasatan dijalankan. Kes yang tidak layak telah

ditamatkan serta-merta dan disyorkan bantuan lain yang bersesuaian.

Sebagai langkah pencegahan bagi perkara ini, pekerja kes JKM

sentiasa menggunakan senarai semak yang telah diwujudkan

oleh Bahagian Pembangunan Sosio Ekonomi dan Bantuan JKM

melalui Buku Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan

Persekutuan yang telah dikemaskinikan pada bulan Mei 2012.

Proses kerja ini turut dikemaskinikan dalam Standard Operation

Procedure (SOP) Bantuan untuk mewajibkan senarai semak ini

digunakan. Latihan oleh Ibu Pejabat turut diberikan kepada JKM

Negeri untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada

masa hadapan. Latihan yang diberikan adalah seperti berikut:-

381

381

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!