02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

permohonan tidak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan di mana

berlaku kelewatan antara 8 hingga 835 hari.

46.5.2.2 Berdasarkan temu bual dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat di PKMD/J/B,

kelewatan ini disebabkan kegagalan pemohon menghadirkan diri pada tarikh temu

janji yang telah ditetapkan. Terdapat juga kes di mana pemohon tiada di rumah

semasa lawatan dibuat atau rumah pemohon tidak dapat dikesan berdasarkan

alamat pada borang permohonan. Selain masalah dengan pemohon, bebanan

tugas pegawai kes juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kelewatan. Ini

kerana selain menjalankan siasatan, pegawai kes juga terlibat dengan tugas agihan

bantuan serta perlu menjalankan kajian semula kes bagi bantuan yang tamat

tempoh.

Berdasarkan maklum balas JKM, antara tindakan penambahbaikan yang telah

diambil bagi mempercepatkan proses siasatan adalah seperti berikut:

a. Membentuk pasukan task-force bagi menyelesaikan permohonan yang masih

tertunggak.

b. Menjalankan proses temu duga dengan pemohon secara berkelompok bagi

mempercepatkan tindakan seterusnya.

c. Bekerjasama dengan wakil penduduk dan pemimpin tempatan bagi membuat

tapisan awal kelayakan pemohon.

1. Status pengumuman keputusan permohonan bantuan

kepada para pemohon Bantuan JKM.

2. Status Kaji Semula Kes.

3. Status pembayaran wang bantuan melalui bank

4. Status penggunaan Sistem e-Bantuan JKM.

5. Status siasatan bagi kes permohonan baru.

6. Status penyelenggaraan bagi fail penerima bantuan

JKM.

Laporan Task Force perlu dikemukakan setiap dua bulan dan

laporan pertama akan dikemukakan kepada Ibu Pejabat JKM

pada 15 September 2012.

Inisiatif baru iaitu Program Merisik Khabar telah diadakan oleh

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

seperti berikut:-

Tempat

Tarikh

Dewan Hang Tuah, Melaka 22 Mei 2012

Dewan Serbaguna,Seri Kembangan, 24 Mei 2012

Selangor

Dewan SUK, Kuantan, Pahang 18 Jun 2012

Dewan Kuil Murugan, Batu Caves, 20 Julai 2012

Selangor

Dewan Orang Ramai, Kampung Baru 5 September 2012

Salak Selatan, Kuala Lumpur

Program ini bertujuan untuk memahami kekangan kehidupan

yang dihadapi oleh klien Kementerian khasnya klien JKM dan

memberi pertolongan melalui pertemuan langsung oleh

kakitangan/pegawai JKM dengan para pemohon. Menerusi

Program Merisik Khabar, proses permohonan dapat

dipercepatkan kerana siasatan awal secara berkelompok dibuat

serta merta.

Selain itu, surat Penurunan Kuasa untuk meluluskan

permohonan kes bantuan/kaji semula kes daripada S41 kepada

S27 telah dikeluarkan pada Jun 2011.

378

378

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!