02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Perenggan 46 : Program Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

46.5.1 Penilaian Outcome

Berdasarkan semakan Audit, didapati pihak JKM belum membuat penilaian

outcome terhadap program Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat. Ini kerana tiada

statistik yang dapat dikemukakan oleh JKM yang menyatakan sejauh mana

program ini telah membantu penerima bantuan dalam mengurangkan kemiskinan

atau keluar dari kesulitan hidup.

Berdasarkan maklum balas JKM, satu perbincangan dalaman antara Bahagian

Pengurusan, Bahagian Pembangunan Sosio-ekonomi dan Bantuan serta Bahagian

Perancangan dan Pembangunan akan diadakan pada 15 Jun 2012 untuk

membincangkan isu mengenai pelaksanaan kajian penilaian outcome tersebut.

Pada pendapat Audit, penilaian outcome perlu dilaksanakan untuk menentukan

keberkesanan dan pencapaian objektif program. Ini bagi memastikan

pencapaiannya adalah selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara di

bawah Pelan Transformasi Kerajaan.

Satu Projek Khas untuk membuat penilaian outcome secara

terperinci sedang berjalan di peringkat daerah. Jabatan telah

memilih 36 daripada 104 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

sebagai sampling bagi kajian penilaian outcome ini untuk

memastikan keberkesanan bantuan JKM tercapai dan klien JKM

dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera melalui inisiatif

ini. Kajian sedang dilaksanakan secara skala kecil oleh

kakitangan JKM dengan memilih 60 responden daripada setiap

PKMD berjumlah 2160 responden sama ada di PKMD bandar

atau Luar Bandar setiap Zon. Kajian ini dijangka selesai pada

bulan Disember 2012. Selain itu, Kajian Penilaian Outcome

secara skala besar dan menyeluruh melibatkan peruntukan

tambahan dirancang dilaksanakan pada awal tahun 2013.

Selain daripada skim bantuan untuk warga emas (BOT), skim

bantuan kanak-kanak (BKK) dan skim bantuan OKU (EPC),

terdapat lain-lain skim bantuan seperti geran pelancaran

(RM2,700 seorang) untuk memulakan perniagaan dan bantuan

alat tiruan/sokongan kepada OKU, warga emas dan kanakkanak.

46.5.2.1 Kelemahan Dalam Menguruskan Permohonan Bantuan

Semakan Audit terhadap 719 permohonan yang telah diluluskan mendapati tempoh

siasatan bagi 378 (52.6%) permohonan tidak dapat ditentukan kerana maklumat

dalam fail pemohon yang tidak lengkap. Maklumat penting seperti tarikh

permohonan dan tarikh siasatan tidak dicatatkan dalam borang permohonan/borang

siasatan menyebabkan tempoh yang diambil untuk memproses permohonan ini

tidak dapat ditentukan. Manakala proses siasatan bagi 114 (33.4%) daripada 341

Tindakan secara berterusan terhadap perkara ini sedang

dijalankan oleh semua PKMD/B/J dan dipantau oleh JKM negeri

masing-masing dan mengambil tindakan yang sewajarnya. JKM

Negeri akan mengemukakan Laporan Task Force bagi melihat:-

377

377

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!