02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

45.5.7.2 Rangka Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah

Rangka kerja pemuliharaan bangunan bersejarah adalah penting bagi menjamin

pemuliharaan bangunan bersejarah dirancang secara menyeluruh dan

bersistematik. Rangka kerja yang dimaksudkan hendaklah melibatkan 5 peringkat

penting seperti; Peringkat Pertama (Penyelidikan Awalan); Peringkat Kedua (Kajian

Kecacatan Bangunan); Peringkat Ketiga (Penyediaan Dokumen Tender); Peringkat

Keempat (Kerja Pemuliharaan Bangunan); dan Peringkat Kelima (Pengurusan

Warisan). Semakan Audit terhadap projek pemuliharaan bangunan bersejarah

mendapati, tahap ketidakpatuhan rangka kerja pemuliharaan bangunan bersejarah

adalah antara 47 hingga 73%.

Rujukan kepada 5 peringkat rangka kerja pemuliharaan

bangunan bersejarah adalah dari buku rujukan berjudul

Pemuliharaan Bangunan Bersejarah (2010), yang ditulis oleh 2

Pegawai Tertinggi JWN. Mereka telah menyesuaikan teori

rangka kerja yang dicadangkan di dalam buku dengan keperluan

Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan menghasilkan Garis

Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan dan MPK untuk

JWN.

Berdasarkan MPK JWN peringkat rangka kerja pemuliharaan

bangunan bersejarah adalah seperti berikut;

1) Menjalankan Kajian Awalan

2) Menjalankan Kajian Kerosakan

3) Menyediakan Skop Kerja Pemuliharaan Bangunan

4) Program Pemuliharaan

Tidak semua projek pemuliharaan perlu mengikut ke empatempat

peringkat rangka kerja di atas. Ini bergantung kepada

keadaan dan keperluan bangunan sama ada perlu mengikut 3

atau 4 peringkat di atas.

Dari segi tindakan penambahbaikan, JWN sedang memantau

setiap bangunan yang telah dipulihara setiap enam bulan

dengan menggunakan borang pemantauan.

45.5.7.3 Dasar Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Tinggalan Sejarah

Bahagian II, Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Warisan, Akta Warisan Kebangsaan

2005 di bawah seksyen 3(1) menyatakan bahawa “Tertakluk kepada sub seksyen

(2), Menteri hendaklah bertanggungjawab menyediakan atau mengeluarkan dasar,

pernyataan atau arahan berkenaan apa-apa perkara, urusan, strategi atau

pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan”. Manakala satu Pelan

Pengurusan Pemuliharaan hendaklah diadakan seperti yang dikehendaki oleh

seksyen 46(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005. Semakan Audit mendapati JWN

masih belum menetapkan sebarang dasar dan Pelan Pengurusan Pemuliharaan

berhubung dengan pemuliharaan dan pemeliharaan tinggalan sejarah.

Mengikut maklum balas JWN, garis panduan konservasi akan digunakan secara

rasmi dan telah mematuhi semua peringkat rangka kerja. JWN menyatakan akan

merujuk kepada Akta Warisan 2005 walaupun tiada dasar berkaitan pemuliharaan

warisan.

Dasar pemuliharaan dan pemeliharaan jelas terkandung dalam

Akta Warisan Kebangsaan 2005, berlainan dengan jabatanjabatan

lain. Semasa penggubalan Akta ini, rujukan telah dibuat

untuk menghasilkan satu Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang

sesuai untuk Malaysia. Antara akta dan garis panduan

antarabangsa yang dirujuk adalah ICOMOS di mana Piagam

Burra terkandung di bawahnya. Oleh itu, JWN tidak perlu

mematuhi Piagam Burra.

JWN mempunyai Pelan Pengurusan Pemuliharaan seperti yang

dikehendaki oleh seksyen 46(1) Akta Warisan Kebangsaan

2005. Pelan pengurusan ini mengandungi perkara-perkara yang

dibolehkan dan tidak dibolehkan ke atas sesebuah bangunan

warisan.

375

375

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!