02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

45.5.5.1 Penyelenggaraan Simpanan Dokumen Dan Fail Projek Pemuliharaan

pengurusan fail yang sistematik. Pada 19 September 2012 JWN

akan menyertai Bengkel Naziran yang dianjurkan oleh KPKK

untuk semua agensi di bawahnya.

Pengurusan penyimpanan maklumat program pemuliharaan secara konvensional

dalam fail oleh JWN adalah tidak teratur dan tidak kemaskini. JWN tidak

mempraktikkan kaedah atau tatacara dan amalan pengendalian fail rasmi Kerajaan

mengikut peraturan pengurusan rekod Kerajaan. Terdapat dokumen dan surat

menyurat tidak dikendalikan dengan baik dan tidak mematuhi peraturan Panduan

Pengendalian Fail yang berkuat kuasa. Antaranya surat tidak ditebuk dan

dikandungkan, tidak didaftarkan atau berada dalam keadaan terburai dan tidak

difailkan dalam fail berdaftar.

JWN telah mengambil tindakan mengemaskini fail PPTS RMk9

yang tidak teratur dan tidak kemas. Setakat ini lebih kurang 30%

telahpun disusun secara manual dan sebaik sahaja semua siap,

ia akan didaftarkan dalam komputer. Kerja-kerja ini dijangka

akan siap pada akhir tahun ini.

Bagi tujuan tambah baik, JWN telah menghantar 5 orang

kakitangan yang terlibat dalam pengurusan fail mengikuti Kursus

Pengurusan Fail pada 3 Julai hingga 5 Julai 2012 di IPPTAR.

JWN juga turut mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Arkib

Negara pada 16 Julai 2012 yang disertai seramai 20 orang

kakitangan JWN bagi menambahkan kemahiran sistem

pengurusan fail yang sistematik untuk JWN.

45.5.5.2 Keselamatan Fizikal fail Rasmi Projek Pemuliharaan

Pihak Audit mendapati sebanyak 98 fail berkaitan dengan program PPTS yang

disimpan di Bangunan Abdul Samad telah hilang daripada simpanan JWN.

Berdasarkan maklum balas JWN, fail tersebut terpaksa disimpan di Bangunan

Sultan Abdul Samad kerana pejabat JWN tidak mempunyai ruang yang mencukupi.

Bagaimanapun, JWN kini telah memulakan penyimpanan dokumentasi konservasi.

Pada pendapat Audit, tahap kesedaran terhadap kepentingan mendokumentasikan

semua maklumat berkaitan pemuliharaan bangunan bersejarah hendaklah diberi

perhatian. Tindakan tatatertib wajar diambil jika terbukti kehilangan adalah

berpunca daripada kelalaian dan kecuaian pegawai yang bertanggungjawab.

JWN sedang mencari dan menyemak fail-fail 2006 hingga 2010.

Oleh demikian bilangan fail hilang tidak dapat ditentukan hingga

semua fail yang berada di beberapa tempat simpanan

(disebabkan perpindahan berkali-kali) disusun semula. JWN

akan berusaha untuk menyelesaikan perkara ini sebelum akhir

tahun. Fail 2011 hingga kini tersimpan dalam kabinet fail

mengikut projek dan tahun.

JWN akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya terbukti

kehilangan fail disebabkan kelalaian dan kecuaian pegawai pada

waktu itu.

45.5.6.1 Perjawatan Cawangan Konservasi

Struktur organisasi JWN yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

merangkumi 4 bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian

Pendaftaran dan Penguatkuasaan, Bahagian Konservasi dan Bahagian

Penyelidikan dan Pengesahan. Bahagian Konservasi yang mempunyai 3 cawangan

telah diluluskan perjawatan seramai 37 orang. Bagaimanapun, struktur ini tidak

dikuatkuasakan. Sebaliknya JWN telah berfungsi secara pentadbiran di mana

hanya 9 jawatan ditempatkan di Cawangan Konservasi. Bagaimanapun, justifikasi

KPKK sedang dalam usaha memindahkan butiran Waran

Perjawatan dari JMM ke JWN. Butiran berkenaan diperlukan

bagi penyusunan semula organisasi JWN keseluruhannya

terutama selepas Lembah Lenggong diiktiraf sebagai tapak

Warisan Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012.

Kertas Cadangan Penyusunan Perjawatan ini akan dikemukakan

373

373

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!