02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

45.5.3.2 Denda Lewat Menyiapkan Kerja (LAD) Tidak Dikenakan

Mesyuarat Koordinasi Projek Membaik Pulih Bangunan Istana Bandar, Mukim Jugra

pada bulan September 2009 juga telah memutuskan LAD sejumlah RM344.36

sehari dikenakan terhadap kontraktor mulai 16 Julai 2009. Bagaimanapun,

semakan Audit mendapati LAD tidak dikenakan walaupun Extension Of Time tidak

diluluskan.

Mengikut maklum balas JWN, perunding adalah bertanggungjawab mengesyorkan

pengeluaran CNC dan pengenaan denda kepada Pegawai Projek dan Pengarah

Konservasi. Kementerian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan untuk

menyiasat kes ini.

Pada pendapat Audit, integriti perakuan siap kerja pada 16 Julai 2009 adalah

diragui kerana pada tarikh yang sama CNC telah dikeluarkan dan masih terdapat

kerja yang belum disempurnakan. LAD patut dikenakan selepas CNC dikeluarkan.

Mengikut arahan KSU, KP JWN telah memaklumkan kepada

semua kontraktor pada 21 Julai 2009 berkenaan tiada EOT dan

VO dan hanya LAD akan dikenakan. LAD juga telah

dicadangkan oleh wakil KP iaitu Timbalan KP pada Mesyuarat

Tapak bertarikh 15 September 2009. Konsultan telah turut

mencadangkan untuk mengenakan LAD melalui surat bertarikh

06 Ogos 2009. Pada Mesyuarat Pembangunan JWN yang

diadakan pada 13 Oktober 2009, KP JWN telah memutuskan

bahawa kesemua projek lewat perlu dikenakan LAD.

Sungguhpun Surat CPC dicatatkan bertarikh 20 Julai 2009,

pembayaran hanya dibuat pada 11 November 2011, bermakna

perubahan tarikh dibuat untuk mengelakkan LAD. Jawatankuasa

Siasatan KPKK mengesyorkan surat amaran/teguran

dikeluarkan kepada pegawai-pegawai berkenaan.

45.5.4 Perbelanjaan Tidak Diakui

Semakan Audit mendapati rekod kawalan mengenai bayaran interim tidak

diselenggarakan dengan kemas kini menyebabkan 6 projek melibatkan sejumlah

RM2.03 juta atau 13.6% daripada nilai projek RM14.94 juta tidak dapat disahkan

telah dibayar kerana tidak disokong dengan baucar bayaran.

Maklum balas JWN memaklumkan punca baucar bayaran tidak dapat dikemukakan

adalah kerana rekod bayaran tahun 2006 hingga 2008 dibuat secara manual

manakala rekod bayaran tahun 2009 dan seterusnya melalui eSPKB. Selain itu,

Jabatan menghadapi kesukaran untuk mencari baucar bayaran yang dikehendaki

oleh Audit kerana telah dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan perpindahan.

Pada pendapat Audit, JWN hendaklah memastikan daftar bayaran disediakan

dengan lengkap dan kemas kini.

Baucar-baucar bayaran asal yang diminta telah dihantar kepada

pihak Audit melalui surat KPKK bertarikh 13 Jun 2012. Merujuk

kepada 6 projek yang tidak dapat disahkan bayaran telah

dibayar kerana tidak disokong dengan baucar bayaran adalah

disebabkan kontraktor masih belum menghantar tuntutan

bayaran keseluruhan projek. Selagi tuntutan tidak dikemukakan

bersama dokumen sokongan bayaran tidak dapat dibuat.

Berdasarkan teguran Audit, semua baucar bayaran tahun ini

sudah pun difailkan secara sistematik di mana baucar disusun

mengikut nombor siri. Juga laporan harian dan bulanan difailkan

secara tersusun.

Baucar bayaran bagi tahun 2010 dan 2011 telah pun siap

diasingkan dan perlu difailkan semula oleh sebab telah

dikeluarkan oleh Audit baru-baru ini. Untuk baucar bayaran

tahun 2006 – 2009 telahpun siap diasingkan mengikut tahun.

JWN akan siap memperkemaskan semua baucar bayaran pada

akhir tahun.

Bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran

pegawai/kakitangan di Cawangan Kewangan dalam pengurusan

fail dan maklumat, JWN telah membuat lawatan kerja ke Jabatan

Arkib Negara pada 16 Julai 2012 bagi mempelajari sistem

372

372

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!