02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

45.5.2.1 Kerja Tidak Berkualiti

Pemeriksaan Audit mendapati sebahagian dari bangunan bersejarah yang telah

dipulihara masih mengalami masalah kerosakan walaupun selepas kerja

pemuliharaan dan pemugaran dilaksanakan.

Mengikut maklum balas, JWN sentiasa menitik beratkan tentang kualiti kerja

kontraktor melalui pemantauan tapak.

JWN melaksanakan konservasi bangunan bersejarah yang

merupakan bangunan berusia dan mengalami kemerosotan

bahan binaannya. Ini merupakan satu keadaan yang berbeza

dengan bangunan biasa. Justeru tempoh hayat setelah kerja

pemuliharaan adalah berbeza dengan bangunan biasa yang

dibaikpulih.

Kerosakan dan kecacatan yang berlaku selepas diserahkan

kepada pemilik adalah berpunca daripada ketiadaan

penyenggaraan dari pemilik. Mengikut seksyen 42(1) tugas

menyenggara adalah di bawah tanggungjawab pemilik.

Walau bagaimanapun berdasarkan teguran Audit semua projek

di bawah RMK10 akan dipantau setiap 6 bulan selepas projek

diserahkan kepada pemilik. Hasil penilaiannya akan

dimaklumkan kepada pemilik dan sekiranya didapati terdapat

kecacatan dan kerosakan, JWN akan memastikan ianya dibaiki

oleh pemilik seperti peruntukan seksyen 42(2).

JWN telah pastikan bahawa Seksyen 42(2) Akta Warisan

Kebangsaan 2005 telah dilaksanakan dengan menerangkannya

kepada pemilik setiap kali tapak diserahkan kembali kepada

mereka. JWN telah menentukan bahawa borang pemantauan

yang telah dilampirkan dalam laporan sebelum ini digunakan.

Pemantauan ini dibuat setiap enam (6) bulan. Di bawah RMK10

JWN telah memohon peruntukan yang mencukupi untuk setiap

projek konservasi.

45.5.2.2 Projek Siap Tidak Dimanfaatkan

Lawatan Audit ke 22 projek yang dipilih mendapati 5 projek tidak dimanfaatkan dan

tidak menyumbang kepada ekonomi. Di samping itu, terdapat projek yang terbiar

dan telah rosak.

Mengikut maklum balas JWN, kerosakan setelah bangunan selesai dipulihara dan

diserahkan kepada pemilik adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk

memastikan bangunan terus terpelihara dan dimanfaatkan.

Pada pendapat Audit, JWN hendaklah memastikan kerja yang dijalankan oleh

kontraktor memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Pemuliharaan bangunan

bersejarah juga perlu dilakukan secara berterusan serta memastikan pemilik

bangunan bersejarah tidak mengabaikan aspek penyenggaraan selepas

Untuk menjalankan pemuliharaan bangunan bersejarah

berterusan seperti yang dicadangkan oleh Audit JWN

memerlukan peruntukan besar dan penambahan kakitangan

khusus untuk tujuan ini. Juga peruntukan seksyen 42 AWK perlu

dipinda. Penyenggaraan tapak selepas diserahkan kepada

pemilik akan dipantau oleh JWN sebagaimana cadangan Audit.

Walau bagaimanapun pemantauan yang dijalankan dengan

kakitangan sedia ada di zon mengalami kekangan. Setiap tahun

bilangan bangunan yang dipulihara kian bertambah, dan ini

sememangnya akan menimbulkan masalah yang semakin besar

jika tiada pertambahan bilangan kakitangan.

369

369

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!