02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)

Jabatan Warisan Negara

Perenggan 45 : Program Pemuliharaan Dan Pemugaran Tinggalan Sejarah

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

45.5.1.1 Pencapaian Fizikal

Dalam tempoh RMKe-9, bilangan projek yang telah dilaksanakan di bawah Program

PPTS adalah sebanyak 175 projek iaitu 147 projek di bawah butiran konservasi

monumen dan bangunan warisan serta 28 projek di bawah butiran

penyelenggaraan serta naik taraf tapak arkeologi. Bagaimanapun, maklumat

lengkap cadangan projek yang hendak dilaksanakan tidak disediakan oleh JWN.

Oleh yang demikian, pihak Audit tidak dapat menentukan pencapaian fizikal

program ini.

JWN telah menyiapkan dan menghantar maklumat seperti yang

dikehendaki iaitu tarikh mula, tarikh siap dan pelanjutan masa,

serta perkara lain yang berkaitan pada 6 Ogos 2012.

45.5.1.2 Pencapaian Kewangan

Dalam RMKe-9, Program PPTS telah diperuntukkan sejumlah RM100 juta. Semasa

Kajian Separuh Penggal RMKe-9, peruntukan ini telah dikurangkan sejumlah

RM17.70 juta kepada RM82.30 juta. Analisis Audit mendapati sejumlah RM69.98

juta atau 85% telah dibelanjakan.

Pada pendapat Audit, prestasi kewangan Program PPTS adalah memuaskan.

Bagaimanapun, JWN perlu menyediakan maklumat lengkap status pelaksanaan

projek bagi tujuan pemantauan dan penilaian.

Sebaik sahaja tamat tempoh pembaikan kecacatan, JWN telah

mengambil tindakan dengan membuat bayaran ke atas projekprojek

yang berkenaan pada tahun 2011 dengan menggunakan

waran peruntukan RMKe-10 bertarikh 24 Oktober 2011 untuk

bayaran akaun muktamad.

Untuk projek-projek di bawah RMK9 pemantauan selepas serah

tapak kepada pemilik tidak dibuat kerana berdasarkan seksyen

42(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 tanggungjawab

penyenggaraan adalah di bawah pemilik.

Walau bagaimanapun berdasarkan teguran Audit semua projek

di bawah RMK10 akan dipantau setiap 6 bulan selepas projek

diserahkan kepada pemilik. Hasil penilaiannya akan

dimaklumkan kepada pemilik dan sekiranya didapati terdapat

kecacatan dan kerosakan, JWN akan memastikan ianya dibaiki

oleh pemilik seperti peruntukan seksyen 42(2).

368

368

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!