02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

44.5.4.3 Kerja Yang Tidak Seragam

Bagi ADTEC Taiping dan Kemaman, Kementerian telah melantik

pihak ketiga untuk menyiapkan kerja-kerja kecacatan yang tidak

dilaksanakan oleh kontraktor utama. Pada masa yang sama,

Kementerian telah mengeluarkan surat teguran kepada

perunding arkitek (F.I. Architect) yang bertanggungjawab bagi

projek ADTEC Kemaman, berikutan kegagalan untuk memantau

kerja-kerja pembaikan oleh kontraktor.

Kementerian juga tidak berpuas hati dengan prestasi kontraktor

ADTEC Jerantut, SM Pelangi Sdn. Bhd. yang gagal untuk

menyiapkan sepenuhnya kecacatan sebagaimana teguran Audit

Negara dan mengemukakan As Built Drawing sebagaimana

yang dikehendaki dalam kontrak.

Lawatan Audit di ADTEC Taiping, Kemaman, Jerantut dan Bintulu mendapati

spesifikasi bagi beberapa kerja adalah berbeza antara satu ADTEC dengan ADTEC

yang lain. Adalah didapati ukuran keluasan Bilik Pengarah, Timbalan Pengarah,

Ketua Jabatan, Ketua Bahagian di ADTEC Taiping, Kemaman, Jerantut dan Bintulu

berbeza walaupun dengan gred jawatan yang sama. Selain itu, didapati juga

keluasan bilik kuliah di setiap bengkel di ADTEC tersebut tidak seragam di mana

keluasan sebenar adalah antara 28.88 meter persegi hingga ke 80 meter persegi

walaupun kapasiti setiap bilik kuliah adalah sama iaitu bagi menempatkan 30

pelajar.

Ukuran keluasan Bilik Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua

Jabatan dan Ketua Bahagian adalah mengikut kehendak

spesifikasi piawaian dan kos Unit Perancang Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri (UPE, JPM).

Berdasarkan maklum balas Kementerian, dalam proses reka bentuk, faktor penentu

adalah keluasan keseluruhan bangunan (Gross Floor Area). Keluasan bilik kuliah

adalah berasaskan ringkasan projek yang mengikut norma keluasan EPU iaitu 0.95

m.p. seorang.

44.5.4.4 Kelewatan Tindakan Pembaikan

Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan, pihak pengguna hendaklah menjalankan

pemeriksaan terhadap kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi mengenal pasti

ketidaksempurnaan, kecacatan dan kerja yang tidak mengikut spesifikasi seperti

dalam kontrak. Segala aduan yang dibuat perlu diambil tindakan pembaikan oleh

kontraktor dalam tempoh yang ditetapkan. Lawatan Audit di ADTEC Kemaman,

Terengganu mendapati berlaku runtuhan cerun di 9 lokasi sekitar ADTEC

Kemaman sejak bulan November 2010. Bagaimanapun, sehingga tarikh lawatan

Audit iaitu pada bulan Julai 2011, tindakan pembaikan masih belum dilaksanakan

lagi.

Kerja-kerja pembaikan cerun telah dilaksanakan dan telah

disiapkan pada 27 Julai 2012.

366

366

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!