02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM)

Jabatan Tenaga Manusia

Perenggan 44 : Pengurusan Pembinaan Dan Perolehan Peralatan Pembelajaran Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

44.5.1.2.b

Pencapaian Kewangan Projek

Semakan Audit mendapati Kementerian/JKR telah meluluskan 16 Arahan

Perubahan Kerja (APK) iaitu 8 APK di ADTEC Kemaman, sebanyak 6 APK di

ADTEC Bintulu dan 2 APK di ADTEC Jerantut. Namun begitu, kelulusan APK

tersebut hanya mengakibatkan sedikit peningkatan kos iaitu antara 1.2% hingga

2.2% daripada kos asal kontrak. Secara amnya, kelulusan APK bagi 3 ADTEC

berkenaan telah mematuhi peraturan yang ditetapkan dan selaras dengan syarat

kontrak yang ditandatangani.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, kelulusan APK adalah mengikut

keperluan projek. Peningkatan kos bagi ADTEC Kemaman adalah disebabkan

tambahan vertical blind di bangunan zon pentadbiran, zon akademik, zon kediaman

pelajar dan zon kediaman kakitangan serta perubahan kerja pemasangan meter

dan kabel TNB/telefon yang dikehendaki oleh TNB/TM. Manakala bagi ADTEC

Bintulu, elemen yang menyumbang kepada tambahan kos ialah kerja penjagaan

dan penanaman rumput pada cerun bagi keselamatan penghuni bangunan. Bagi

ADTEC Jerantut pula, pertambahan kos diperlukan adalah untuk memenuhi

kehendak TNB bagi pembinaan Bangunan Pencawang Pembahagian Utama (PPU)

serta kelengkapannya dan penambahan 30 Nod ICT di Bengkel Teknologi

Pembuatan untuk melengkapkan kemudahan ICT di bengkel tersebut.

Pada pendapat Audit, kecuali ADTEC Jerantut yang mengalami kelewatan

sehingga 23 bulan, prestasi pembinaan 3 ADTEC yang lain secara umumnya

adalah memuaskan walaupun mengalami sedikit kelewatan (antara 3 hingga 7

bulan) dan peningkatan kos.

Semua keempat-empat ADTEC telah pun beroperasi dan

menerima Certificate of Practical Completion (CPC). Walau

bagaimanapun hanya projek ADTEC Taiping yang telah

mendapat Certificate of Making Good Defect (CMGD) dan

Certificate of Compliance & Completion (CCC). CMGD bagi tiga

(3) ADTEC yang lain akan diperolehi setelah kerja-kerja

membaiki kecacatan selesai. CMGD tersebut akan dikeluarkan

oleh Pegawai Penguasa setelah diperakukan oleh pasukan

perunding dan dijangka dapat dikeluarkan sebelum 31 Disember

2012. Manakala CCC akan dikeluarkan setelah mendapat

kelulusan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia, dan dijangkakan akan diperolehi pada awal tahun

2013.

ADTEC Taiping

Tempoh siap projek ialah 90 hari lewat dari tempoh kontrak

kerana kontraktor diberi pelanjutan masa selaras dengan

ketetapan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bilangan 3

Tahun 2008 (SPP 3/2008).

ADTEC Kemaman

Tempoh siap projek ialah 202 hari lewat dari tempoh kontrak

kerana kontraktor diberi pelanjutan masa selaras dengan

ketetapan SPP 3/2008 dan kerja-kerja yang berkaitan dengan

pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

ADTEC Jerantut

Tempoh siap projek ialah 707 hari lewat daripada tempoh

kontrak dan projek diluluskan Pelanjutan Tempoh Masa

358

358

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!