02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

43.5.2.3 Keadaan Landing Pad Yang Kurang Selamat/Kurang Sesuai

Lawatan Audit pada bulan November 2011 mendapati 7 landing pad yang kurang

selamat dan kurang sesuai untuk pendaratan dan pelepasan helikopter. Perkara ini

berlaku disebabkan terdapat pokok tinggi yang berada terlalu dekat dengan landing

pad, rumput terlalu tinggi dan tanah yang agak becak. Landing pad yang tidak

sesuai boleh menimbulkan risiko berlakunya kemalangan dan juruterbang terpaksa

membuat keputusan untuk tidak mendarat di lokasi berkenaan. Bagi tempoh tahun

2008 hingga 2011, terdapat 69 kali di mana juruterbang tidak dapat mendaratkan

helikopter disebabkan landing pad yang kurang sesuai dan kurang selamat.

Mengikut maklum balas Kementerian, adalah menjadi salah satu syarat yang perlu

dipenuhi oleh penduduk setempat untuk memastikan landing pad disenggarakan

agar berada dalam keadaan yang selamat untuk pendaratan helikopter sebelum

Kementerian bersetuju untuk memberikan perkhidmatan PDU. Buat masa ini,

Kementerian tidak mampu untuk membina landing pad di beratus-ratus buah lokasi

di negeri Sarawak. Bagaimanapun, Kementerian melalui JKNS telah meminta

Pejabat Kesihatan Bahagian untuk mengadakan perbincangan/dialog bersama

penduduk yang bakal menerima perkhidmatan PDU agar membantu untuk

menyenggarakan kawasan landing pad. Perkara ini akan dimasukkan ke dalam

kontrak baru supaya syarikat yang berjaya bertanggungjawab menyenggarakan

landing pad tersebut untuk memastikan pendaratan yang selamat.

Salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh penduduk setempat

adalah untuk memastikan landing pad di selenggara agar berada

di dalam keadaan yang selamat untuk pendaratan pesawat

sebelum KKM memberikan perkhidmatan PDU di lokasi tersebut.

Susulan daripada teguran audit ini, tindakan penyelenggaraan

landing pad sepertimana yang dibangkitkan telah dilaksanakan

oleh KKM. Sesi dialog bersama penduduk yang menerima

perkhidmatan akan diadakan secara berterusan supaya

penduduk dapat menyelenggara dan menjaga keselamatan

landing pad. Untuk jangka masa panjang, perkara ini akan

dimasukkan ke dalam kontrak baru supaya syarikat yang berjaya

bertanggungjawab menyelenggara landing pad tersebut untuk

memastikan pendaratan yang selamat.

Pada pendapat Audit, landing pad yang selamat dan sesuai hendaklah disediakan

bagi memastikan helikopter program PDU dapat mendarat dan berlepas dengan

selamat. Ini bagi memastikan objektif program iaitu untuk memberi perkhidmatan

kesihatan asas kepada pesakit dan penduduk di pedalaman Sarawak dapat dicapai.

43.5.2.4 Kemudahan Tempat Pemeriksaan Dan Rawatan Pesakit Kurang Sesuai

Semakan Audit mendapati kemudahan yang disediakan untuk memeriksa dan

merawat pesakit kurang sesuai dan menyebabkan ketidakselesaan kepada

pasukan PDU/pesakit. Kementerian tidak menyediakan tempat yang khusus untuk

memeriksa dan merawat pesakit. Lazimnya tempat yang digunakan untuk

memeriksa dan merawat pesakit adalah rumah individu, balai raya, gereja dan ruai

rumah panjang. Oleh itu, pasukan PDU dan pesakit berada dalam keadaan tidak

selesa semasa pemeriksaan dan rawatan dijalankan. Di samping itu, pemeriksaan

kesihatan dalam keadaan privasi tidak dapat disediakan untuk pesakit wanita.

Mengikut maklum balas Kementerian, semua kawasan yang dilawati merupakan

kawasan pedalaman di mana hampir kesemua prasarana di situ berada dalam

keadaan yang kurang memuaskan. Bagaimanapun, perbincangan akan diadakan

dengan penduduk setempat supaya tempat pemeriksaan yang lebih selesa

disediakan pada masa hadapan.

KKM dengan kerjasama penduduk setempat berusaha

menyediakan kemudahan terbaik di mana pemeriksaan ibu

mengandung dijalankan di kawasan yang mempunyai privacy.

Sebagai contoh, jika pemeriksaan dibuat di rumah panjang, KKM

akan menggunakan bilik di rumah Tuai Rumah dan sekiranya

pemeriksaan dibuat di dalam pondok, tempat pemeriksaan akan

diletak di satu sudut yang agak jauh dan mempunyai langsir atau

penghadang. Perbincangan sentiasa diadakan dengan

penduduk setempat supaya tempat pemeriksaan yang lebih

selesa dapat disediakan.

356

356

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!