02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

43.5.2.2 Pengurusan Keselamatan Program PDU Kurang Memuaskan

Semakan Audit terhadap dokumen kontrak dan Panduan Pengurusan Klinik

Kesihatan mendapati perkara mengenai keselamatan tidak dinyatakan langsung.

Semakan Audit selanjutnya mendapati latihan keselamatan dari aspek pendaratan

kecemasan juga tidak pernah dijalankan. Temu bual dengan anggota pasukan PDU

mengenai kebolehan mereka menggunakan alat komunikasi yang dibekalkan dalam

helikopter mendapati mereka tiada pengetahuan untuk menggunakan alat tersebut.

Bagaimanapun, didapati satu taklimat mengenai General Safety Guidelines On

Ground During MEDEVAC telah dikendalikan oleh Layang-Layang Aerospace Sdn.

Bhd. di Hospital Sibu pada 12 Julai 2010. Manakala bagi pasukan PDU,

penerangan mengenai penggunaan alat keselamatan seperti tali pinggang

keselamatan dan ear protectors dalam helikopter diberi oleh juruterbang sebelum

setiap penerbangan. Semakan Audit juga mendapati Layang-Layang Aerospace

Sdn. Bhd. telah membeli polisi insurans nyawa bagi melindungi 4 orang penumpang

untuk setiap helikopter yang digunakan oleh program PDU. Insurans tersebut dibeli

dari Chartis Malaysia Insurance Berhad dan tempoh perlindungan adalah mulai dari

27 Jun 2011 hingga 26 Jun 2012.

Kementerian dalam maklum balasnya menyatakan memang tidak terdapat klausa

tentang keselamatan di dalam dokumen kontrak. Selain itu, taklimat sebelum setiap

penerbangan tidak dibuat memandangkan pasukan PDU mempunyai ahli pasukan

yang tetap. Bagaimanapun, juruterbang yang terlibat akan memastikan setiap

pesawat berada dalam keadaan yang baik serta cuaca mengizinkan sebelum

berlepas. Perkara ini dapat dilihat kepada pembatalan yang dibuat disebabkan oleh

faktor cuaca buruk serta tempat pendaratan yang tidak sesuai. Kementerian juga

telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan PDU yang mana turut

menggariskan aspek keselamatan yang mesti diberi perhatian dalam operasi

harian. Ini adalah untuk memastikan setiap ahli pasukan yang menyertai setiap

penerbangan sedia maklum dengan tatacara perkhidmatan serta perkara yang

berkaitan dengan keselamatan sebelum, semasa dan selepas setiap penerbangan.

Kementerian juga akan memastikan klausa tentang keselamatan dimasukkan dalam

kontrak yang akan datang.

Hasil semakan KKM mendapati, memang tiada terdapat klausa

tentang keselamatan di dalam dokumen kontrak. Walau

bagaimanapun, taklimat keselamatan telah diberi pertama kali

semasa perkhidmatan PDU bermula, dan taklimat sebelum

setiap penerbangan tidak dibuat memandangkan pasukan PDU

mempunyai ahli pasukan yang tetap.

Selain daripada itu, juruterbang yang terlibat akan memastikan

setiap pesawat berada dalam keadaan yang baik serta cuaca

mengizinkan sebelum berlepas. Perkara ini dapat dilihat kepada

pembatalan yang dibuat disebabkan oleh faktor cuaca buruk

serta tempat pendaratan yang tidak sesuai.

Untuk makluman pihak audit, KKM telah menyediakan Garis

panduan Pengurusan PDU yang mana turut menggariskan

aspek keselamatan yang mesti diberi perhatian dalam operasi

harian. Ini adalah untuk memastikan setiap ahli pasukan yang

menyertai setiap penerbangan sedia maklum dengan tatacara

perkhidmatan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan

keselamatan sebelum, semasa dan selepas setiap

penerbangan.

Sebagai langkah penambahbaikan, KKM akan memastikan

klausa tentang aspek keselamatan dimasukkan ke dalam

kontrak yang akan datang.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan aspek keselamatan

dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan program PDU yang baru sebaik sahaja

kontrak sedia ada tamat pada tahun 2013. Di samping itu, latihan keselamatan

termasuk penggunaan peralatan komunikasi yang dibekalkan dalam helikopter juga

perlu diberi kepada pasukan PDU.

355

355

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!