02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Bagi menambah baik perkara ini, Kementerian telah mendokumentasikan aktiviti

promosi kesihatan yang dijalankan serta merekodkannya supaya penilaian dapat

dibuat.

Pada pendapat Audit, aspek promosi kesihatan perlu diberi perhatian oleh pihak

JKNS kerana ia merupakan asas yang penting dan perlu diketahui dan difahami

oleh penduduk pedalaman untuk menjaga kesihatan mereka dan menghindar

daripada penyakit berjangkit.

anggota yang bertugas. Pendekatan ini lebih berkesan kerana ia

melibatkan kes secara individu dan maklumat ini menjadi lebih

tepat dan senang difahami.

Bagi menambah baik perkara ini, KKM telah

mendokumentasikan aktiviti promosi kesihatan / patient

education yang dijalankan dan mempertingkatkan serta

merekodkannya supaya penilaian dapat dibuat.

43.5.2.1 Tiada Pengkhususan Pegawai Perubatan Untuk Pasukan PDU

Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada pegawai perubatan yang dikhususkan

untuk pasukan PDU, sebaliknya pegawai perubatan yang dipilih mempunyai tugas

hakiki di hospital atau klinik kesihatan. Oleh itu, pegawai perubatan hanya dapat

menyertai 262 hari lawatan (14.6%) daripada 1,794 hari lawatan bagi tempoh tahun

2008 hingga 2011. Untuk mengatasi masalah ini, pihak JKNS menggantikan

pegawai perubatan dengan penolong pegawai perubatan.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, sehingga kini tiada pegawai perubatan

khusus (dedicated Medical Officer) untuk melaksanakan program ini. Perkara

seumpama ini tidak dapat dielakkan kerana pihak kementerian menghadapi

kekurangan pegawai perubatan di bawah Program Kesihatan Awam di Negeri

Sarawak. Setakat bulan Februari 2012, peratus pengisian jawatan pegawai

perubatan di dalam Program Kesihatan Awam hanya 37.6%. Jika dilihat kepada

jadual yang disediakan, didapati pada tahun 2009, hanya 8 hari sahaja dilawati oleh

pegawai perubatan. Dengan langkah yang telah diambil seperti bekerjasama

dengan klinik-klinik kesihatan, bilangan hari lawatan yang disertai oleh pegawai

perubatan telah meningkat dari 35 hari pada tahun 2010 kepada 123 hari pada

tahun 2011. Sebagai langkah penambahbaikan, Kementerian juga akan

melaksanakan perkara seperti berikut:

i. Bagi mempertingkatkan lagi peratusan liputan oleh pegawai perubatan, satu

surat arahan telah dikeluarkan kepada semua Pegawai Kesihatan Bahagian

melalui surat bertarikh 26 Mac 2012 supaya bekerjasama dengan pihak

hospital untuk memastikan setiap penerbangan disertai oleh seorang Pegawai

Perubatan; dan

ii.

Cadangan untuk menempatkan seorang pegawai perubatan sebagai Pegawai

Perubatan PDU di 3 main based stations iaitu Kuching, Sibu dan Miri yang

diharap dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2012.

Usaha KKM untuk mempertingkatkan lagi peratusan liputan oleh

pegawai perubatan dapat dilihat seperti jadual di mana liputan

Pegawai Perubatan telah meningkat sebanyak 36.3% (78/215)

Jan - Mei 2012 berbanding 22.6% (123/544) tahun 2011:

PKB

Bil. Hari

Penerbangan

Jan-Mei 2012

Bil. PDU yang

disertai oleh

MO Jan - Mei

2012

PKB Kuching 20 11

PKB Samarahan 8 1

PKB Sri Aman 19 7

PKB Sarikei 17 -

PKB Sibu 15 10

PKB Mukah 16 -

PKB Bintulu 17 17

PKB Miri 62 16

PKB Limbang 11 5

PKB Kapit 24 8

JUMLAH 215 78

% LIPUTAN OLEH M.O. 36.3%

KKM melalui JKN Sarawak berusaha untuk menempatkan

Pegawai Perubatan secara berkala untuk perkhidmatan FDS ini.

Pada pendapat Audit, Kementerian dan JKNS perlu memastikan setiap pasukan

PDU dianggotai oleh seorang pegawai perubatan supaya pesakit/penduduk

pedalaman dapat menikmati standard rawatan dan kepakaran yang setaraf dengan

pesakit/penduduk di bandar. Selain itu, cadangan untuk menempatkan pegawai

perubatan secara tetap dalam program PDU perlu dilaksanakan dengan segera.

354

354

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!