02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

43.5.1.3 Penilaian Terhadap Keberkesanan Program PDU

Semakan Audit mendapati satu kajian keberkesanan program PDU telah dijalankan

oleh JKNS pada tahun 2005. Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa PDU amat

diperlukan antara 5% hingga 10% oleh penduduk Sarawak yang tinggal jauh di

kawasan pedalaman. Dengan adanya program PDU, ia telah membantu

memperbaiki liputan imunisasi dan mencegah penyakit vaccine preventable

diseases. Selain itu, kadar kematian bayi dan ibu telah dapat dikurangkan dari

tahun ke tahun.

Kementerian dalam maklum balasnya menyatakan sebagai langkah

penambahbaikan terhadap mekanisme penilaian keberkesanan program PDU,

Kementerian sentiasa menjalankan analisa ke atas laporan bulanan dan mengambil

tindakan ke atas hasil penemuan; mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama

syarikat pembekal untuk memastikan kelancaran perkhidmatan dan mengulangi

kajian keberkesanan perkhidmatan PDU dan MEDEVAC.

Selain kajian keberkesanan program PDU telah dijalankan oleh

JKNS pada tahun 2005 tersebut, pemantauan perjalanan

perkhidmatan juga di analisa secara bulanan melalui reten-reten

berikut:

i. Laporan / Reten:

PER-PL 206

PER-PL 211

PER-PL 212

ii. MedSAR/FDS/01 : Activities and Performances

iii. MedSAR/FDS/02 : Flying Doctor Service Daily Report

iv. MedSAR/FDS/05 : Monthly Cancellation Report

v. MedSAR/FDS/06 : FDS Flying Hours Record

vi. MedSAR/FDS/08 : FDS Daily Log Sheet

Sebagai langkah penambahbaikan terhadap mekanisma

penilaian keberkesanan program PDU, KKM sentiasa:-

i. Menjalankan analisa ke atas reten bulanan dan

mengambil tindakan ke atas hasil penemuan;

ii. Mengadakan mesyuarat penyalarasan bersama

syarikat pembekal untuk memastikan kelancaran

perkhidmatan; dan

iii. Mengulangi kajian keberkesanan perkhidmatan PDU

dan MEDEVAC.

43.5.1.4 Promosi Kesihatan Kurang Diberi Perhatian

Semakan Audit mendapati promosi kesihatan kurang diberi perhatian dan tiada

jadual disediakan untuk aktiviti berkenaan bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011.

Semakan Audit selanjutnya terhadap laporan bulanan program PDU bagi tempoh

yang sama menunjukkan aktiviti promosi kesihatan tidak direkodkan.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, oleh kerana penduduk di lokasi-lokasi

yang dilawati tidak datang serentak, maka sesi ceramah promosi kesihatan tidak

dapat dilakukan seperti biasa. Tambahan pula, keadaan yang riuh rendah

membuatkan kaedah tersebut tidak berkesan. Di dalam kes tertentu seperti wabak

penyakit, ceramah umum dilakukan sebelum aktiviti saringan dan rawatan

dilakukan. Bagaimanapun aktiviti promosi kesihatan masih merupakan salah satu

aktiviti yang dijalankan semasa perkhidmatan doktor udara. Ia dijalankan dalam

bentuk “one-to-one patient education” semasa sesi berjumpa pesakit dilakukan oleh

anggota yang bertugas. Pendekatan ini lebih berkesan kerana ia melibatkan kes

secara individu dan maklumat yang disalurkan lebih tepat dan senang difahami.

Perkhidmatan Doktor Udara menyediakan perkhidmatan

penjagaan kesihatan primer yang melibatkan kuratif, preventif,

promotif dan rehabilitatif.

Oleh kerana penduduk-penduduk di lokasi-lokasi yang dilawati

tidak datang serentak, maka sesi ceramah promosi kesihatan

tidak dapat dilakukan seperti biasa. Tambahan pula, keadaan

yang riuh rendah membuatkan kaedah tersebut tidak berkesan.

Di dalam kes tertentu, seperti wabak, ceramah umum dilakukan

sebelum aktiviti saringan dan rawatan dilakukan.

Walau bagaimanapun aktiviti promosi kesihatan masih

merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan semasa

perkhidmatan doktor udara. Ia dijalankan dalam bentuk “one- toone

patient education”, semasa berjumpa pesakit dilakukan oleh

353

353

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!