02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Perenggan 43 : Pengurusan Program Perkhidmatan Doktor Udara Di Negeri Sarawak

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

43.5.1.1 Pencapaian Kewangan

Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Layang-Layang Aerospace Sdn.

Bhd., kadar sewa tetap bulanan untuk sebuah helikopter (monthly fixed retained

fees per helicopter) adalah RM240,000 atau RM1.20 juta bagi 5 helikopter.

Manakala kadar sewa tetap tahunan adalah berjumlah RM14.40 juta setahun.

Kadar bagi jam penerbangan (rotor hour) pula ialah RM500 sejam. Pihak kontraktor

dikehendaki menyediakan 5 buah helikopter di mana 3 dikhaskan untuk PDU dan 2

untuk perkhidmatan MEDEVAC. Sebuah helikopter ditempatkan di Kuching untuk

PDU bagi Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Sarikei. Dua buah

helikopter ditempatkan di Sibu di mana sebuah dikhaskan untuk PDU bagi

bahagian Sibu, Mukah dan Kapit dan sebuah lagi untuk MEDEVAC. Dua buah

helikopter ditempatkan di Miri di mana sebuah helikopter dikhaskan untuk PDU bagi

Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang dan sebuah helikopter untuk MEDEVAC.

Peruntukan yang diterima bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 berjumlah

RM50.07 juta dan perbelanjaan sebenar yang dilakukan berjumlah RM48.69 juta

(97.2%).

Perkhidmatan Doktor Udara ini sangat diperlukan oleh penduduk

pendalaman Sarawak. Bagi tujuan itu, KKM perlu menyewa

helikopter berdasarkan kadar sewa komersial (commercial rate)

bagi memastikan perkhidmatan tersebut dapat diteruskan. Untuk

makluman, KKM telah mendapat kelulusan Kementerian

Kewangan bagi penyewaan helikopter berkenaan di mana caj

perkhidmatan adalah berdasarkan retainer fee dan rotors hours

yang bermula pada Februari 2008 hingga September 2009.

43.5.1.2.a

Pencapaian Program PDU

Semakan Audit mendapati bilangan lawatan yang sebenarnya dilakukan bagi

tempoh yang sama adalah 3,279 lawatan sahaja. Ini menunjukkan berlaku

kekurangan lawatan 1,410 daripada yang telah dirancang.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, pengurangan lokasi penerbangan ini tidak

membawa kerugian kepada pihak kerajaan kerana jumlah yang perlu dibayar

adalah mengikut jumlah sebenar penerbangan. Pembayaran yang dibuat kepada

syarikat adalah berdasarkan kepada perkara seperti berikut:

i. Bilangan pesawat yang disewa secara tetap pada kadar RM240,000 bagi

setiap pesawat. Dengan pembayaran fixed retainer fee ini, Kementerian

mempunyai hak penggunaan eksklusif ke atas kelima-lima pesawat yang

disewa. Bayaran sewa ini tidak bergantung kepada bilangan lokasi seperti

Pada Januari 2008 iaitu semasa penyediaan spesifikasi untuk

kontrak baru PDU, bilangan lokasi yang perlu diliputi adalah

sebanyak 144 buah (1728 bilangan lawatan setahun). Walau

bagaimanapun semasa kontrak baru tersebut berkuat kuasa iaitu

pada 1 Oktober 2009 (iaitu 1 tahun 8 bulan selepas penyediaan

spesifikasi), sebanyak 13 lokasi digugurkan kerana terdapat

rangkaian jalan atau berdekatan dengan klinik kesihatan iaitu 2

di Bintulu, 7 di Miri, 2 di Kapit dan 2 di Samarahan menjadikan

keperluan semasa ketika itu adalah sebanyak 131 buah lokasi

(1572 bilangan lawatan setahun). Pengguguran lokasi

berkenaan adalah selaras dengan Klausa B7 terma kontrak iaitu

pihak Kerajaan Malaysia berhak untuk meminda, menambah

atau menggugur lokasi mengikut keperluan keadaan semasa.

351

351

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!