02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang – Jabatan Insolvensi Malaysia

Perenggan 2 : Pengurusan Kes Kebankrapan Dan Penggulungan Syarikat

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

2.5.2.3 Perintah Penerimaan Dan Perintah Penghukuman / Perintah Penggulungan

Masih Belum Diterima.

Semakan Audit terhadap 596 fail kes kebankrapan dan 92 kes penggulungan

syarikat di semua pejabat MdI yang dilawati mendapati PP&PP bagi 304 (51%) kes

kebankrapan dan 19 (20.7%) kes penggulungan syarikat masih belum diterima.

Oleh itu, pihak MdI tidak dapat melaksanakan tindakan seterusnya seperti

merampas harta bankrap/syarikat dan lawat periksa premis tanpa PP&PP/Perintah

Penggulungan tersebut. Semakan Audit selanjutnya mendapati surat susulan

permohonan PP&PP/ Perintah Penggulungan daripada peguam pemiutang bagi 74

kes kebankrapan dan 19 kes penggulungan syarikat juga tidak dikeluarkan.

Pada pendapat Audit, salinan PP&PP/Perintah Penggulungan hendaklah disimpan

di dalam setiap fail kes yang berkaitan memandangkan ia adalah dokumen utama

dalam pengendalian kes kebankrapan dan penggulungan syarikat. Memandangkan

pengauditan dijalankan secara pensampelan, Mdl perlu menjalankan semakan

secara menyeluruh untuk memastikan tindakan susulan diambil terhadap salinan

PP&PP/Perintah Penggulungan yang masih belum diterima daripada peguam

pemiutang.

Kebankrapan

Bagi 74 kes kebankrapan yang telah dikeluarkan surat susulan

kepada pempetisyen/mahkamah, sebanyak 8 kes telah

mendapat maklum balas daripada pihak yang berkenaan.

Perintah Penerimaan & Perintah Penghukuman telah pun

dimasukkan ke dalam fail. Sementara 66 kes yang lain, masih

tiada maklum balas yang diterima setakat ini.

Oleh yang demikian, isu ini telah dibawa kepada perhatian

mahkamah melalui satu mesyuarat yang telah diadakan pada

26 Jun 2012 di Pejabat Ketua Pendaftar.

Salah satu isu yang dibangkitkan ialah mengenai kelewatan

penerimaan Perintah Penerimaan & Penghukuman disebabkan

peguam sering kali lambat menyerahkan perintah bersih kepada

mahkamah. Pihak MdI mencadangkan agar satu templet

seragam digunakan oleh mahkamah dan pihak peguam

hendaklah terus menyediakan perintah bersih bagi kelulusan

mahkamah pada hari yang sama perintah diberikan. Pihak

mahkamah akan membawa perkara ini kepada perhatian

Jawatankuasa e-filing.

Mahkamah juga akan memaklumkan kepada Majlis Peguam

untuk mengingatkan peguam-peguam supaya menghantar

Perintah Penerimaan & Penghukuman kepada MdI.

23

23

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!