02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Berdasarkan maklum balas Kementerian, skop penyenggaraan adalah secara

komprehensif iaitu secara back to back dengan pihak pengeluar. Ini menyebabkan

syarikat menawarkan harga yang tinggi. Kos penyenggaraan bukan hanya meliputi

kos Planned Preventive Maintenance (PPM) sahaja tetapi meliputi pembaikan

(corrective) dan penggantian mengikut jenama yang sama serta spesifikasi yang

setara atau lebih tinggi. Bagi pencetak Epson LQ300 ia adalah harga

penyenggaraan seunit pencetak bagi tempoh lima tahun. Kos ini sebenarnya

meliputi kos PPM, pembaikan dan penggantian (sekiranya rosak dan tidak boleh

digunakan). Perbezaan harga penyenggaraan ini juga adalah disebabkan faktor

perolehan antara kontrak runding terus dan tender terbuka.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu menetapkan anggaran harga asas

terhadap penyenggaraan perkakasan HIS bagi mengelakkan perbezaan harga yang

ketara bagi perkakasan yang sama. Selain itu, Kementerian perlu memastikan

elemen harga penyenggaraan disemak dengan teliti sebelum memeterai kontrak

penyenggaraan HIS pada masa hadapan. Kementerian hendaklah memastikan

semua kerja penyenggaraan telah dibuat seperti ditetapkan sebelum membuat

pembayaran.

berbeza. Hospital Lahad Datu dan Hospital Selayang

dilaksanakan menerusi rundingan terus manakala Hospital

Keningau, Pekan dan Sultan Abdul Halim adalah secara tender

terbuka. Walaupun perkakasan yang sama, harga

penyelenggaraan adalah berbeza kerana ianya bergantung

kepada harga tawaran oleh syarikat yang mengambil bahagian

dan tawaran terbaik diperakukan oleh Jawatankuasa Penilaian

Harga. KKM tidak berhak menetapkan kadar harga yang sama

bagi perkakasan/jenama yang sama kerana ini adalah risiko

yang perlu ditanggung oleh setiap syarikat yang mengambil

bahagian melalui harga yang mereka tawarkan.

Perbezaan harga bagi dua hospital yang dilaksanakan menerusi

rundingan terus iaitu Hospital Selayang dan Lahad Datu adalah

disebabkan oleh kaedah rundingan secara lump sum di Hospital

Lahad Datu manakala rundingan terperinci (item by item) untuk

Hospital Selayang.

Selain itu, harga penyelenggaraan yang tinggi di Hospital Lahad

Datu adalah kerana semua perkakasannya diselenggara secara

komprehensif (back to back dengan pembekal/pengeluar)

berbanding di hospital lain yang hanya terhad kepada peralatan

kritikal sahaja. Penyelenggaraan secara komprehensif

melibatkan penggantian kepada unit yang baru sekiranya unit

asal rosak dan tidak berfungsi. Maintenance coverage ini sama

ada secara komprehensif atau tidak adalah faktor penting dalam

penetapan kadar harga penyelenggaraan.

Usia perkakasan (mengikut tahun perolehan/ usia kontrak) juga

turut menjadi faktor penentu harga penyelenggaraannya

mengikut kekerapan penyelenggaraan, risiko kerosakan yang

memerlukan penggantian dan alat ganti yang semakin sukar

diperolehi.

42.5.2.3.a

Perbezaan Bilangan Perkakasan

i. Semakan Audit mendapati bilangan perkakasan sebenar yang wujud secara

fizikal di HKeningau, HPekan dan HSelayang adalah tidak sama seperti

bilangan yang dinyatakan di dalam kontrak, di mana terdapat perbezaan

sebanyak 35 unit perkakasan dengan kos berjumlah RM71,211. Ini

menyebabkan Kerajaan menanggung kerugian terhadap pembayaran

penyenggaraan perkakasan yang tidak wujud tetapi telah diambil kira di dalam

caj bayaran penyenggaraan.

Hospital Keningau

Perbezaan jumlah perkakasan antara kontrak dan fizikal adalah

disebabkan oleh perkara berikut:-

i. Tiada semakan terperinci terhadap senarai inventori asal

yang diserahkan oleh pihak JKR (projek terdahulu yang

diselia oleh JKR) kepada hospital berbanding peralatan

fizikal yang terdapat di lokasi;

346

346

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!