02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

kontrak akan datang secara tender terbuka.

42.5.1.2.a.i

Pematuhan Kepada Syarat Kontrak Penyenggaraan - Pasukan Projek

42.5.1.2.a.ii

42.5.1.2.a.iv

Terma kontrak tidak menyatakan dengan jelas perkara berkaitan cuti rehat, cuti

sakit, cuti bersalin dan cuti haji. Ini menyebabkan kontraktor membuat keputusan

sendiri berkaitan dengan cuti pasukan projek.

Sungguhpun bilangan pasukan projek tidak mencukupi sebagaimana dinyatakan

dalam kontrak disebabkan sama ada ahli pasukan bercuti atau kerana jawatan tidak

diisi, didapati kontraktor masih menuntut bayaran penuh. Tuntutan tersebut juga

dibayar serta diperakukan oleh pihak hospital. Berdasarkan semakan Audit,

bayaran berjumlah RM0.54 juta sepatutnya tidak dibayar dan perlu dikutip semula

daripada kontraktor di HKeningau; HLD; HPekan dan HSAH.

Semakan Audit selanjutnya terhadap bayaran emolumen pasukan projek bagi

kontrak secara rundingan terus mendapati perkara berikut:

Bayaran bagi pasukan projek ditentukan sendiri oleh pihak SCSB

berdasarkan kadar pasaran semasa dan Kementerian tidak mempunyai asas

penandaarasan bagi bayaran tersebut menyebabkan bayaran yang tinggi

dibayar kepada pasukan projek. Sebagai contoh, kos bagi seorang Pengurus

Cawangan yang mempunyai pengalaman kerja antara 4 hingga 15 tahun

adalah berjumlah RM15,375 hingga RM22,510 sebulan. Kos tersebut

termasuk peruntukan bonus antara RM753 hingga RM3,040 sebulan

(RM9,036 hingga RM36,480 setahun) dan margin kontraktor antara RM105

hingga RM6,432 sebulan (RM1,260 hingga RM77,184 setahun).

Berdasarkan semakan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),

didapati bayaran caruman yang dibayar oleh SCSB kepada pekerjanya bagi

penyenggaraan di HSelayang adalah lebih rendah berbanding jumlah yang

dituntut setiap bulan dari hospital. Berdasarkan maklumat tersebut dan

perkiraan Audit, terdapat perbezaan bayaran sebenar dan yang dituntut bagi

sebahagian gaji pokok, caruman KWSP dan margin kontraktor bagi tahun

2011 dari hospital terlibat berjumlah RM0.99 juta (41.4%) daripada bayaran

sebenar yang dibuat kepada pekerjanya.

Berdasarkan lebihan tuntutan bayaran sebanyak 41.4% oleh SCSB di

HSelayang bagi tahun 2011, adalah dikhuatiri berlaku juga perbezaan

bayaran sebenar berbanding yang dituntut di 4 hospital yang lain. Bagi

keseluruhan tempoh kontrak selama 5 tahun untuk 5 hospital perbezaan

tuntutan adalah dianggarkan sehingga RM23.95 juta.

Sejumlah RM30,800 telah dipotong pada 23 Julai 2012 oleh

Hospital Keningau daripada tuntutan bayaran perkhidmatan

bulan Jun 2012; dan

Di Hospital Lahad Datu sejumlah RM64,291.38 telah dipotong

daripada tuntutan bayaran perkhidmatan bulan Jun 2012.

Pihak syarikat tidak dapat mengemukakan penyata

gaji/dokumen bayaran gaji sebenar pekerja-pekerjanya, yang

lengkap dan sah sepertimana yang dikehendaki KKM melalui

surat bertarikh 12 Jun 2012.

Sehubungan itu, satu perbincangan bersama kontraktor telah

diadakan pada 27 Julai 2012 dan memutuskan terdapat

perbezaan emolumen berjumlah RM16 juta melibatkan tiga buah

hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Sultan Ismail dan

Hospital Serdang yang perlu dibayar balik oleh SCSB.

Walau bagaimanapun, SCSB tidak bersetuju dengan tuntutan

tersebut dan telah mengemukakan maklum balas berkaitan

justifikasi perbezaan emolumen berjumlah RM16 juta berkenaan

pada 6 Ogos 2012.

Pihak KKM telah meneliti maklum balas berkenaan dan telah

memohon SCSB untuk mengemukakan semula justifikasijustifikasi

yang lebih kukuh dan terperinci.

343

343

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!