02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Walaupun modul-modul HIS di kedua-dua hospital di atas adalah

sama, faktor di bawah adalah berbeza yang mengakibatkan

perbezaan kos yang ketara:-

i. Semua peralatan/perkakasan dan perisian di Hospital

Kepala Batas diselenggarakan secara komprehensif

(perjanjian secara back to back) dengan pihak pengeluar

yang melibatkan penggantian kepada unit yang baru

sekiranya unit asal rosak dan tidak berfungsi. Manakala bagi

Hospital Pekan perjanjian secara back to back adalah

terhad kepada perisian dan perkakasan kritikal sahaja;

ii. Jumlah peralatan di Hospital Kepala Batas ialah sebanyak

iii.

284 manakala di Hospital Pekan berjumlah 358;

Peralatan/perkakasan di Hospital Kepala Batas adalah jauh

lebih lama (tahun perolehan 2003) jika dibandingkan

dengan Hospital Pekan iaitu pada tahun 2007. Lebih lama

usia perkakasan berkenaan, lebih tinggi kos

penyelenggaraan;

iv. Perolehan perisian Meja Bantuan (Helpdesk) serta

penyelenggaraan perisian ini untuk tempoh lima tahun di

Hospital Kepala Batas berjumlah RM473,942.00 di mana

perkara ini tidak dimasukkan sebagai skop perkhidmatan di

Hospital Pekan; dan

v. Harga kontrak Hospital Pekan dilihat sebagai harga yang

lebih kompetitif kerana ia adalah berdasarkan kepada harga

tawaran terbaik di kalangan petender-petender yang

mengambil bahagian di dalam tawaran tender terbuka.

Manakala harga tawaran terbaik sukar ditentukan untuk

kontrak rundingan terus kerana terhad kepada satu syarikat

sahaja.

342

342

Bagi mengatasi perbezaan kos yang signifikan antara kontrak

bagi perolehan secara rundingan terus dan perolehan secara

tender terbuka ini, KKM telah mengemukakan permohonan

kepada Kementerian Kewangan supaya perolehan seterusnya

dilaksanakan secara tender terbuka pada 13 Oktober 2011 dan

22 Februari 2012. KKM juga telah mendapatkan pandangan

MAMPU mengenai perkara ini. Pihak MAMPU pada 7 Mei 2012

menyatakan bahawa pihaknya tiada halangan untuk pihak KKM

melaksanakan perolehan perkhidmatan penyelenggaraan dan

naik taraf HIS secara tender terbuka untuk mendapat harga yang

kompetitif dan value for money kepada Kerajaan dan ia telah

dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada

23 Mei 2012. Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh

9 Julai 2012 bersetuju supaya KKM melaksanakan kontrak-

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!