02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAPORAN MAKLUM BALAS DARIPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA KE ATAS ISU-ISU UTAMA DALAM

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI PENYATA KEWANGAN, PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI

KEMENTERIAN/JABATAN SERTA PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2011

BAHAGIAN I : PELAKSANAAN AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Perenggan 42 : Perkhidmatan Penyenggaraan Hospital Information System (HIS)

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

42.5.1.1 Pelantikan Kontraktor

Pelantikan kontraktor bagi penyenggaraan HIS dibuat secara rundingan terus dan

tender terbuka. Berdasarkan rekod Kementerian, 5 daripada 12 kontrak merupakan

kontrak rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM222.19 juta (66.5%)

daripada nilai kontrak keseluruhan iaitu RM334.02 juta telah ditawarkan kepada

Systematic Conglomerate Sdn. Bhd. (SCSB). Manakala 6 kontraktor yang lain telah

dipilih melalui kaedah tender terbuka bagi menyenggara HIS di 7 hospital.

Bagaimanapun, semakan Audit selanjutnya mendapati kos bagi kontrak runding

terus adalah tinggi. Berdasarkan perbandingan yang dibuat terhadap kontrak bagi

Hospital Kepala Batas dan HPekan yang mempunyai kapasiti yang hampir sama,

didapati perbezaan nilai kontrak antara kontrak runding terus dengan tender terbuka

adalah berjumlah RM3 juta setahun. Ini bermakna sekiranya perolehan dibuat

secara tender terbuka, Kementerian dijangka boleh menjimatkan perbelanjaan

berjumlah RM15 juta bagi kontrak selama 5 tahun di Hospital Kepala Batas.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, kelulusan pelantikan secara rundingan

terus telah dibuat oleh Kementerian Kewangan. Bagaimanapun, Kementerian

melalui rundingan harga telah berjaya menurunkan harga yang lebih rendah iaitu

berjumlah RM222.81 juta berbanding harga tawaran asal oleh kontraktor rundingan

terus berjumlah RM483.78 juta dengan perbezaan harga berjumlah RM260.97 juta.

Kementerian juga pada 13 Oktober 2011 dan 22 Februari 2012 telah memohon

kepada Kementerian Kewangan agar kontrak penyenggaraan HIS seterusnya

dibuat secara tender terbuka. Pihak MAMPU pada 7 Mei 2012 bersetuju

Kementerian melaksanakan perolehan perkhidmatan penyenggaraan secara tender

terbuka untuk mendapatkan harga yang kompetitif dan value for money kepada

Kerajaan. Manakala Kementerian Kewangan pada 9 Julai 2012 telah membatalkan

opsyen pelanjutan 3 tahun bagi HIS di Hospital Kepala Batas, Hospital Lahad Datu,

Hospital Selayang, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Serdang dengan syarikat

SCSB.

KKM sedia maklum bahawa terdapat perbezaan kos yang

signifikan antara kontrak bagi perolehan secara rundingan terus

di Hospital Kepala Batas dan perolehan secara tender terbuka

untuk Hospital Pekan dengan nilai perbezaan sejumlah RM3 juta

setahun.

Untuk makluman, kontrak bagi perolehan secara rundingan terus

di Hospital Kepala Batas bermula pada 1 Mei 2007 manakala

kontrak bagi perolehan secara tender terbuka di Hospital Pekan

bermula pada 1 September 2010. Perbezaan tahun ini juga

sedikit sebanyak menyumbang kepada perbezaan kos di mana

teknologi pada tahun 2007 adalah mahal.

Selain itu, nilai kontrak tidak hanya diasaskan kepada kapasiti

hospital sahaja, akan tetapi lebih dipengaruhi oleh faktor-faktor

berikut:-

i. Modul-modul yang diliputi di dalam Sistem Aplikasi HIS di

hospital tersebut;

ii. Jumlah semua peralatan/perkakasan yang perlu di

selenggara dan tidak terhad kepada komputer peribadi

sahaja;

iii. Skop liputan penyelenggaraan sama ada secara

komprehensif untuk semua jenis peralatan atau terhad

kepada peralatan kritikal sahaja;

iv. Kaedah perolehan sama ada secara rundingan terus dan

tawaran secara tender terbuka; dan

v. Usia atau tahun perolehan perkakasan.

341

341

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!