02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

41.5.3.5.b

Dokumen Sokongan Tuntutan

Tuntutan kehilangan linen yang dikemukakan tidak disertakan dengan dokumen

sokongan penting seperti laporan pengesahan timbangan linen bersih dan linen

kotor yang menjadi asas kepada tuntutan tersebut. Oleh itu, tuntutan tersebut tidak

dapat disahkan.

41.5.3.5.c

Rekod Pelupusan Linen

Tuntutan kehilangan oleh syarikat konsesi tidak mengambil kira faktor lain yang

menyebabkan kehilangan seperti kerosakan dan pelupusan linen. Berdasarkan

rekod, syarikat konsesi tidak mengemukakan jumlah linen yang telah dilupuskan.

Maklum balas seperti di perenggan 41.5.3.5.c

Berdasarkan maklum balas Kementerian, bagi menambah baik kontrak

penswastaan perkhidmatan sokongan hospital yang baru, beberapa cadangan telah

dikemukakan iaitu Stor Linen Wad di hospital adalah di bawah tanggungjawab

syarikat konsesi; linen yang dibekalkan dicadangkan mempunyai sistem tagging

dan tracking bagi mengelakkan kehilangan yang besar; risiko kehilangan linen

adalah di bawah tanggungan syarikat konsesi dan fast moving item seperti selimut,

linen protector dilaksanakan Linen Exchange Program.

Pada pendapat Audit, integriti data yang dihasilkan oleh CMIS adalah diragui.

Selain itu, Kementerian juga perlu mengambil kira faktor kerosakan dan pelupusan

linen yang tidak dinyatakan oleh syarikat konsesi sebagai salah satu faktor asas

dalam pengiraan tuntutan kehilangan.

41.5.4.1 Pengurusan Pembayaran

Bagi memastikan perkhidmatan linen dapat berjalan dengan lancar, bayaran

kepada syarikat konsesi perlu dibuat dengan segera berdasarkan peraturan

kewangan yang berkuat kuasa. Rekod mengenai bil dan bayaran perlu disediakan

dan disimpan dengan teratur. Berdasarkan rekod perbelanjaan di peringkat hospital,

kekurangan peruntukan berlaku pada setiap tahun. Perkara ini memberi kesan

kepada perbelanjaan tahun semasa dan juga menyebabkan perbelanjaan tanpa

peruntukan berlaku serta menjadi punca bil tidak dapat dijelaskan dalam tempoh 14

hari.

41.5.4.2.a

Bayaran Dalam Tempoh 14 Hari

Arahan Perbendaharaan 103 menghendaki bayaran dibuat dengan segera dalam

tempoh 14 hari dari tarikh bil diterima dengan lengkap dan sempurna. Bagi

mematuhi Arahan tersebut, Ketua Jabatan hendaklah menyenggara satu Daftar Bil

dan memeriksanya tidak kurang dari sekali sebulan. Semakan Audit mendapati 36

bil bagi perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi berjumlah RM7.06

338

338

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!