02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memantau operasi pusat dobi dan

melaksanakan terma kontrak. Pelaksanaan kerja oleh pihak ketiga tanpa mendapat

kelulusan Kementerian akan menyebabkan pematuhan standard tidak dibuat

dengan sempurna. Kementerian juga perlu memastikan ujian yang sepatutnya

dilaksanakan oleh syarikat konsesi dibuat mengikut jadual dan keputusannya

dimaklumkan dan diambil tindakan sewajarnya.

41.5.3.3 Tuntutan Kehilangan Linen

Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh syarikat konsesi, jumlah tuntutan

kehilangan adalah di antara 8.7% hingga 13.9% daripada jumlah bayaran

perkhidmatan yang dibayar oleh Kementerian sepanjang tempoh tahun 1998 hingga

2006. Bagaimanapun, sekiranya perbandingan dibuat berdasarkan jumlah

pembelian linen oleh syarikat konsesi bernilai RM194.55 juta, jumlah tuntutan

kehilangan adalah tinggi iaitu antara 26.7% hingga 42.1%.

41.5.3.4 Jumlah tuntutan kehilangan di 4 buah hospital psikiatri adalah tinggi iaitu sebanyak

RM19.17 juta (35.3%) berbanding jumlah tuntutan kehilangan keseluruhan bagi

Faber dan Pantai yang berjumlah RM54.28 juta. Daripada jumlah tersebut, tuntutan

kehilangan oleh Pantai bagi Hospital Permai adalah RM10.45 juta (49.5%) daripada

jumlah keseluruhan tuntutan kehilangan bagi 20 PTJ di bawah kawalannya yang

berjumlah RM21.09 juta.

41.5.3.5.a

Laporan Tuntutan Kehilangan Linen

Berdasarkan Laporan Tuntutan Kehilangan Linen oleh syarikat konsesi, jumlah

tuntutan kehilangan linen untuk tempoh tahun 1988 hingga 2011 adalah RM146.37

juta. Bagaimanapun, didapati jumlah tuntutan ini berbeza dengan maklumat yang

terdapat dalam Central Management Information System (CMIS) yang juga

diselenggarakan oleh syarikat konsesi. Semakan Audit mendapati maklumat dalam

CMIS tidak lengkap dan tidak konsisten. Sebagai contoh, jumlah tuntutan yang

dikemukakan oleh Faber dan Radicare berbeza sebanyak RM10.31 juta dan

RM0.10 juta masing-masingnya berbanding maklumat yang terdapat dalam CMIS.

Bagi Hospital Permai pula, pihak Pantai sepatutnya boleh menuntut kehilangan

linen berjumlah RM26.86 juta. Bagaimanapun, hanya RM10.45 juta sahaja dituntut

dan tiada tuntutan dibuat bagi tahun 2001, 2005 dan 2006 berjumlah RM16.41 juta.

Manakala kehilangan linen di Hospital Raub mengikut CMIS adalah berjumlah

RM3.41 bilion tetapi tuntutan sebenar hanya RM0.63 juta. Sekiranya tuntutan telah

dibuat dengan mengambil kira semua faktor kehilangan, perkara tersebut tidak

sepatutnya berlaku.

Untuk makluman, tuntutan kehilangan linen oleh syarikat konsesi

adalah di bawah cadangan yang dikemukakan oleh mereka.

Manakala, bagi tuntutan kehilangan linen untuk Hospital Permai

tahun 2001, 2005 dan 2006.

337

337

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!