02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

41.5.2.1.c

Cucian Khas Linen

Semakan Audit mendapati cucian khas telah bercampur dengan cucian biasa di

Fresh Linen dan Mustaqim yang boleh menyebabkan cross infection terhadap linen

tersebut.

41.5.2.1.d

Kebersihan Pusat Dobi

Lawatan Audit mendapati kebersihan di pusat dobi kurang memuaskan apabila

adanya sarang burung, tempat penyimpanan linen berhabuk, kawasan basuhan

dilimpahi air cucian dari mesin cucian yang bocor dan rak simpanan linen hanya

ditutup dengan kain.

41.5.2.1.e

Standard Cucian

Bagi memenuhi standard Project Operation Guidelines For Linen and Laundry

Services (POG) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, bahan

kimia dan formula cucian yang digunakan oleh syarikat konsesi hendaklah

mendapat kelulusan daripada Kementerian. Bagaimanapun, pihak Kementerian

tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan dengan bahan kimia dan formula cucian

yang digunakan. Maklumat kelulusan tersebut hanya disimpan oleh syarikat

konsesi.

41.5.2.1.f

Ujian Kualiti Linen

Berdasarkan Technical Requirements and Performance Indicators, Perjanjian

Konsesi, tiga ujian perlu dibuat terhadap kualiti linen iaitu Tensile Strength Test

(setiap 4 bulan), pH Level Test (setiap bulan) dan Pathological Test (setiap bulan)

bagi menentukan keputihan, sisa bahan kimia dan kandungan bakteria. Ujian

tersebut hendaklah dijalankan oleh syarikat konsesi dan laporannya dihantar

kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan. Bagaimanapun, Tensile Strength

Test yang sepatutnya diadakan setiap 4 bulan tidak dikemukakan laporannya

kepada Kementerian. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian, ujian tersebut

hanya dijalankan oleh Syarikat konsesi bagi perolehan linen baru sahaja.

Berdasarkan maklum balas, pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian

mengenai pelantikan pihak ketiga oleh syarikat konsesi untuk perkhidmatan dobi

kerja pencucian linen masih belum diperolehi. Bagaimanapun, Kementerian telah

mengarahkan syarikat konsesi memastikan pusat dobi sentiasa mematuhi standard

yang dinyatakan dalam akta yang berkaitan dan perbincangan mengenainya akan

dibuat dengan Jabatan Alam Sekitar. Arahan telah dikeluarkan kepada syarikat

konsesi bagi memastikan prosedur yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

336

336

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!