02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

40.5.3.1 Perolehan Barang Import

Semakan Audit mendapati perolehan 385 unit peralatan bernilai RM11.64 juta tidak

mendapat kelulusan daripada MITI atau Kementerian Kewangan sungguhpun nilai

perolehan yang diimport melebihi RM50,000.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, kelulusan MITI tidak dipohon kerana

pembelian dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak kontraktor tanpa merujuk terlebih

dahulu kepada Kementerian. Pihak PMC juga telah gagal memantau keperluan ini

bagi pihak Kementerian dan atas kecuaian tersebut, Kementerian telah

mengeluarkan satu Laporan Ketidakpatuhan pada 23 Februari 2012. Kementerian

juga telah mengemukakan permohonan kelulusan bagi pengimportan peralatan

tersebut kepada MITI pada 9 Mac 2012. Kementerian juga telah menubuhkan

Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat perkara tersebut.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu mendapatkan kelulusan agensi berkaitan

bagi perolehan peralatan import sebelum perolehan dibuat.

Status permohonan sehingga 13 Julai 2012 adalah seperti

berikut:-

Perkara

Kuantiti

Lulus 68

Dalam proses kelulusan MITI 223

Dalam proses membuat rayuan 6

Bagi peralatan televisyen, Kementerian telah mengambil

tindakan membuat permohonan bagi mendapatkan kelulusan

pembelian secara ex-stock daripada Kementerian Kewangan.

Jawatankuasa Siasatan telah mengemukakan hasil siasatan

yang telah memperakukan tindakan punitive ke atas pegawaipegawai

yang terlibat.

Keputusan Kementerian mengenai syor tindakan-tindakan yang

akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dijangka

dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2012.

40.5.3.2 Kuarters Kakitangan Hospital

Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2011, hanya 62 unit atau 28.2%

kuarters telah dipohon untuk diduduki oleh kakitangan hospital dengan kekosongan

sebanyak 158 unit.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, inisiatif mempromosikan Kuarters Hospital

Kluang kepada pegawai di Hospital Kluang, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan

Pejabat Pergigian Daerah Kluang telah diambil dan masih menanti maklum balas.

Jawatankuasa Perumahan Hospital Kluang juga telah memutuskan untuk

memperuntukkan sebuah kuarters kelas D sebagai Rumah Khas Jabatan bagi

Pengarah Hospital.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan kekosongan kuarters diisi

dengan segera bagi mengelakkan pembaziran. Sekiranya tiada permohonan

daripada pegawai di Hospital Kluang, tawaran perlu dibuka kepada pegawai

Kerajaan yang lain bagi memastikan kuarters tersebut dapat digunakan secara

maksimum dan segala kerosakan dapat dikenal pasti lebih awal dalam tempoh

tanggungan kecacatan yang masih berkuat kuasa.

Sehingga 31 Julai 2012, sebanyak 96 unit atau 43.64% kuarters

telah dipohon untuk diduduki. Butiran kedudukan penggunaan

kuarters di Hospital Kluang adalah seperti berikut:

KUARTER

Kedudukan Penggunaan Kuarters Hospital Kluang

JUMLAH

DIBINA

(UNIT)

JUMLAH

DIPOHON

(UNIT)

JUMLAH

KOSONG

(UNIT)

PERATUS

KOSONG

Kelas D 70 44 26 37.14

Kelas F 50 33 17 34.0

Kelas G 100 19 81 81.0

JUMLAH 220 96 124 56.36

331

331

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!