02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

TNB dan TM.

Keputusan Jawatankuasa untuk meluluskan EOT No.2 adalah

berasas oleh kerana pihak KKM sendiri telah mengadakan

beberapa pertemuan dengan pihak TNB di mana komitmen telah

diberi untuk tarikh penyambungan bekalan tetapi tidak dapat

ditunaikan.

Walau bagaimanapun, projek tidak dapat disiapkan dalam

tempoh EOT No. 2 oleh kerana kesilapan PMC memberikan syor

di mana beberapa prosedur tertentu tidak diambil kira oleh

mereka semasa membuat syor. Oleh demikian, pihak KKM

terpaksa memberikan EOT No.3 kepada pihak Kontraktor

sehingga 7 Ogos 2011.

Atas kecuaian pihak PMC ini, pihak KKM telah mengambil

tindakan dengan mengeluarkan satu Laporan Ketidakpatuhan

(NCR) pada 23 Februari 2011.

Berdasarkan rekod diari tapak, cuaca buruk telah berlaku

daripada 19 Jun 2010 sehingga 15 Disember 2010 sehingga

menjejaskan aktiviti pembinaan di tapak bina. Perkara ini telah

dinyatakan oleh kontraktor dalam permohonan pelanjutan masa

penyiapan projek dan telah dipersetujui oleh Jawatankuasa

Perubahan Kerja dan Lanjutan Masa KKM yang bersidang pada

12 Januari 2011 sebagai salah satu justifikasi bagi mendapat

EOT No.2.

Kelewatan disebabkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad

(TNB) dan Telekom Malaysia (TM) tidak dapat dibuktikan kerana

kedua-dua agensi tersebut tidak pernah mengeluarkan

pengesahan secara bertulis. Namun demikian, KKM telah

mengambil tindakan proaktif bagi mengurangkan kelewatan

yang berlaku dengan mengadakan beberapa pertemuan secara

bersemuka dengan pegawai-pegawai dari agensi berkenaan

termasuk membuat permohonan kepada TNB untuk

mempercepatkan penyambungan bekalan elektrik ke bangunan

hospital pada 16 Mac 2011.

Perkara ini juga turut dilaporkan kepada Mesyuarat

Jawatankuasa Perubahan Kerja dan Lanjutan Masa KKM

sewaktu mempertimbangkan permohonan lanjutan masa oleh

kontraktor.

329

329

Kelewatan berlaku sememangnya disebabkan oleh kelewatan

penyambungan bekalan oleh pihak TNB.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!