02.06.2015 Views

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perenggan Penemuan Audit Status Terkini

40.5.2.2.c

40.5.2.2.d

40.5.2.3.a.i

Kementerian pada 15 November 2007 telah membayar Tuntutan No. 1 Yuran

Profesional PMC kepada KIP berjumlah RM0.75 juta sungguhpun pada masa

bayaran dibuat, kos perkhidmatan perunding belum dipohon dan diluluskan oleh

Kementerian Kewangan. Memorandum of Agreement (MOA) juga masih belum

ditandatangani antara Kementerian dengan KIP.

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2006 menetapkan perjanjian

perkhidmatan perunding perlu ditandatangani dalam tempoh satu bulan daripada

tarikh kos perkhidmatan perunding diluluskan iaitu pada 23 April 2008. Semakan

Audit mendapati perjanjian hanya ditandatangani pada 19 November 2008 iaitu

lewat 6 bulan daripada tempoh sepatutnya.

Berdasarkan maklum balas Kementerian, kelewatan surat pelantikan PMC

dikeluarkan adalah kerana terdapat perubahan skop kerja di peringkat prapembinaan

di samping proses kelulusan yuran dan pelantikan mengambil masa

yang agak panjang. Bayaran yuran perkhidmatan bagi 7 pegawai HIS kepada PMC

adalah meliputi kerja perundingan HIS di peringkat awal pelaksanaan projek ini

pada tahun 2002 memandangkan pihak PMC telah melaksanakan kerja bermula

dari tahun 2002 dan MOA hanya ditandatangani pada 19 November 2008. Pada 14

Ogos 2012, Kementerian dan KIP telah bersetuju agar jumlah RM0.62 juta yuran

perunding semasa pembinaan yang terlebih dibayar oleh Kementerian dibayar balik

oleh KIP. Manakala pada 25 September 2007, Kementerian Kewangan telah

memberikan kelulusan khas kepada Kementerian untuk membuat pembayaran

kepada pihak PMC. Kelewatan menandatangani MOA adalah kerana proses

semakan dan kelulusan yang mengambil masa yang agak panjang serta terdapat

kekeliruan tentang pelantikan PMC dalam arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 8 Tahun 2006. Kementerian juga telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan

bagi menyiasat perkara tersebut.

Pada pendapat Audit, pembayaran di luar skop perjanjian adalah tidak teratur.

Kementerian perlu memastikan peraturan pembayaran sentiasa dipatuhi dan

perjanjian ditandatangani dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi menjamin

kepentingan Kerajaan.

Lanjutan Masa

Bagi projek Fasa II, Kluang HC telah diluluskan 3 EOT bagi tempoh bulan Jun 2010

hingga Ogos 2011 dengan alasan. Bagaimanapun, semakan Audit selanjutnya

mendapati asas kelulusan EOT 2 dan 3 adalah diragui kerana taburan hujan pada

masa tersebut adalah taburan biasa manakala alasan kelewatan oleh pihak Tenaga

Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) adalah tanpa pengesahan oleh

328

328

Keputusan Kementerian mengenai syor tindakan-tindakan yang

akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dijangka

dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2012.

Jawatankuasa Siasatan telah mengemukakan hasil siasatan

yang telah memperakukan tindakan punitive ke atas pegawaipegawai

yang terlibat.

Jawatankuasa Siasatan telah mengemukakan hasil siasatan

yang telah memperakukan tindakan punitive ke atas pegawaipegawai

yang terlibat.

Keputusan Kementerian mengenai syor tindakan-tindakan yang

akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat dijangka

dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2012.

Kelewatan kontraktor untuk menyiapkan projek adalah

disebabkan cuaca buruk yang telah mengganggu kerja-kerja di

tapak. Disamping itu, kelewatan bekalan elektrik oleh TNB turut

menyebabkan projek ini lewat disiapkan dan alasan-alasan ini

telah dipertimbangkan bersekali dalam permohonan EOT No.2.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!